Pergolakan politik di Tunisia dan Mesir memberi impak kepada negara lain sekitarnya. Yaman, Moroko dan Bahrain pun akan mengalami suasana yang sama. Kebanyakan negara di Timur Tengah adalah mengamalkan demokrasi palsu dan berkuku besi tanpa disedari oleh dunia luar.
Kita berharap satu perubahan yang baik di kalangan negara-negara Arab ini. Satu sistem demokrasi yang tulin dan pemerintahan yang mendukung aspirasi rakyat akan dilaksanakan. Biarlah rakyat yang memilih pimpinannya secara telus, bukannya dimanipulasi oleh tentera dan polis seperti yang terjadi di Mesir.
Kegawatan poltik akan memberi kesan kepada negara sekitar termasuk Iraq. Maka tak dapat tidak, kestabilan politik serantau amat mempengaruhi kepada ekonomi Iraq. Mungkin positif dan mungkin negatif. Kita tunggu apa kesan selanjutnya. Yang pasti minyak semakin naik harga. Wooo. Menteri Malaysia pun dah tak berani umumkan harga minyak naik. Dan menjelang 2013, harga minyak Malaysia akan naik turun mengikut harga pasaran dunia setiap hari kerana Malaysia mengikut WTO mengamalkan perdagangan bebas. Mampuslah kita. Yang kenyang ialah kapitalis juga. Padan muka kau dok memilih kerajaan yang mengutamakan korporat dan mengkhianat rakyat.