Saturday, February 19, 2011

DINAR IRAQ: EMEL MENARIK

Ini emel yang saya terima dua hari lalu untuk tatapan pembaca blog ini. Terpulanglah kepada anda untuk menimbangkan info ini. Ha ha. Saya tak edit langsung ayat dan ejaannya. Wooo


Assalamualaikum Tuan,

Didoakan tuan sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT. Disini saya ingin berkongsi cerita dgn tuan tentang dinar iraq (harap-harap akan menjadi kenyataan). Utk pengetahuan tuan, saya ada menyimpan Dinar Iraq pada jumlah yang agak banyak (saya mendapat info daripada TV1 rancangan global@1 pada 21/10/2010 <takkan RTM nak tipu kut> dan search kat internet tentang Dinar Iraq dan mengikuti perkembangan semasa Iraq) . Dalam waktu yang sama juga saya beritahu kawan bahawa Dinar Iraq akan diapungkan dan berharap kawan dapat menyimpan barang 100,000 IQD sekurang2nya dan tidaklah saya terkilan nanti bila Dinar ini betul2 diapungkan, so, sama-samalah menikmati rezeki yang Allah beri....(Amin). Tetapi malang bagi saya kerana mendapat respon yg amat menyakitkan hati dan menebalkan kulit telinga mendengar ulasan dari kawan saya (other word dia tak percaya semua tipu, dia kata). Pendekan citer abang kepada kawan saya ni adalah bekas salah seorang one of director kat Sime Darby Bhd. dan sekarang bisnesmen dan berurusan di Abu Dhabi. 
Pada seminggu sebelum Raya Cina yang lepas abang kawan saya menghadiri satu jamuan makan malam bersama-sama ahli korporat di Abu Dhabi dan salah seorang jemputan VVIP adalah menteri kanan Iraq. Semasa jamuan itu ada dikalangan ahli korporat bertanyakan kepada menteri tersebut tentang Dinar Iraq bilakah dinar iraq akan diapungkan. Ini kerana menteri tersebut di dalam ucapannya mengalu-alukan kepada pelabur-pelabur yg ada pada malam itu utk datang ke Iraq dan melabur di Iraq. Jawapan yang menteri iraq berikan adalah seperti berikut: rancangan dinar iraq akan diapung selewat-lewatnya pada bulan April 2011 atas alasan: 1. Iraq dijangkakan akan menyertai WTO pada hujung tahun 2011. yg ke 2. Mendapat tekanan daripada Amerika dan IMF

Berbalik kepada citer kawan saya tadi, dalam masa abang dia berada di UAE abangnya telah membeli dinar iraq sebanyak 25 juta dan apabila balik ke Malaysia dia memberitahu adik beradik termasuk kawan saya tadi dan membuat tempahan sebanyak 25 juta lagi (kongsi adik beradik. kawan saya sudah dapat dinarnya) kerana anaknya belajar disana. Kawan saya sekarang telah membeli sebanyak 6 juta dan memberitahu saya sekarang dia percaya kerana berita yang dia terima daripada mulut abang dia sendiri. 


Saya sekarang banyak membaca di dalam blog termasuk blog tuan tentang dinar iraq nih. Persoalan saya ni adakah berkemungkinan info yang saya terima ini betul dan akan menjadi kenyataan dalam waktu yang terdekat. walaubagaimanapun saya tetap percaya bahawa dinar iraq akan diapungkan cuma masa yang akan menentukan...rasa2nya tuan pun bersependapat dengan saya kut.


Saya berharap kita dapat selalu saling bertukar-tukar info tentang dinar.

Terima kasih.    


TUSIMAN BIN SURIP