Minggu lalu saya jalan-jalan ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur dan menyinggah di sebuah syarikat Money Changer. Manalah tau kok dinar Iraq telah diapungkan dan boleh dijual. Ha ha.
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah kadar pertukaran dolar Amerika berlainan antara note USD 50 dengan note-note kecil USD seperti USD 1, USD 5 dan USD 10. Kadar pertukaran note USD 50.00 ialah RM 3.00 tetapi note kecil USD 1.00, USD 5.00 dan USD 10.00 ialah 2.60 sahaja. Maknanya kadar pertukaran note besar adalah leboh tinggi dari note kecil USD.
Maka saya terus terbayang apabila dinar diapungkan nanti, adakah note besar Dinar Iraq seperti 25K dan 10K adalah lebih tinggi kadar pertukarannya berbanding dengaan note kecil seperti 5K, 1K dan 50 Dinar. Logiknya ada kerana note kecil akan membebankan urusniaga dalam proses pertukaran dan perpindahan wang secara fizikal. Jika tujuan pelaburan, adalah elok kita menyimpan note besar atau sederhama seperti note 25K dan 10k. Orang ramai memerlukan note kecil kerana tujuan berbelanja di pasar sahaja.
Jiwa mahu besar bib. Tujuan dan strategi kita menyimpan Dinar berkaitan sekali dengan tujuan kita menyimpan dinar. Kita menyimpan dinar adalah dengan tujuan pelaburan, bukannya kerana nak berbelanja. Maka tak hairanlah rakyat Amerika hanya tertarik dengan note 25K dan note 10K.