Kekukuhan ekonomi dan matawang sesuatu negara antara lain dipengaruhi oleh jumlah rezab luarnya yang mungkin dalam bentuk matawang asing, emas atau bon luar. Ibarat seorang induvidu yang mahu hidup selesa, maka ia mampu hidup tanpa ada pendapatan masuk untuk beberapa bulan dengan berbekalkan wang simpanannya. Bagi sebuah negara pula selalu dikaitkan dengan kemampuannya untuk mengimpot bahan makan selama enam bulan, tanpa bergantung adanya pendapatan masuk. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, aspek ini selalu ditekankan semasa pembentangan bajet. Tetapi sekarang ini, bukan sahaja rezab luar negara semakin menurun, malah wang rezab Felda pun dah susut ke mana. Wau.
Di rantau Asia, Korea Selatan dikatakan sebagai sebuah negara yang kuat kadar rezab luarnya. Pada akhir Oktober 2010, kadar rezabnya meningkat sebanyak 2.61 bilion dan mencecah ke USD 295.96 bilion.
Malaysia negara tercintaku pula, kadar rezabnya semakin menurun. Pada 15 Julai 2008, kadar rezabnya RM 408.8 bilion. Pada 15 Julai 2009 menurun ke RM 321.7 bilion. Dan pada 15 Julai 2010, jeng jeng jeng. menurun lagi menjadi RM 309.9 bilion.
Iraq yang baru pulih dari perang pun ada rezab luar sebanyak USD 50 bilion ( kurang lebih RM 150 bilion). Hanya satu kelebihan Iraq ialah mereka sering menegaskan bahwa mereka ada rezab minyak di dalam muka buminya sebanyak 500 bilion tong. Ha ha. Malaysia pula dok bisiing dan meraung bahwa minyaknya semakin habis.
Maka salah satu usaha yang patut dbuat oleh Iraq ialah meningatkan kadar rezab luarnya sebagai strategi meningkatkan nilai dinarnya. Setakat ini mereka hanya berbangga menstabilkan nilai dinarnya sahaja. Kita mahu dinar naik ke paras 10 sen USD sebagai titik mula!!
Oh ya, dinar akan terapung sebaik sahaja Gabenor Bank Negara mengakhiri ucapan mengumumkan dinarnya diapung. Dinar sama sekali tidak boleh diumumkan akan diapungkan pada esok atau isnin depan kerana itu bukan prosidur yang betul. Bagi kita sebagai penunggu apungan dinar, hanya boleh meramalkan apungan dinar pada satu jeda masa yang manasabah sahaja misalnya enam bulan sebelum Iraq menyertai WTO. Maka tarikh terbaik kita jangkakan dinar akan naik ialah antara sekarang sehingga Mei 2011. Wau. Jika tak ada wang, simpan sedikit demi sedikit ya. Kok terliur nanti. Mulakan dengan 10,000 Dinar pada nilai RM 160.00 sahaja. Paling kurang pun boleh pi Umrah nanti. Woooo.