Logiknya bagi sebuah negara yang kecil nilai matawangnya, maka ia memerlukan note yang berangka besar. Misalnya Indonesia ada 100,000 rupiah dan Turki pernah ada note 20 juta lirar. Bagi Iraq pula selepas kejatuhan nilai Dinarnya pada 2003, ia terpaksa mengadakan note 25,000 Dinar. Jikalau tidak, rakyat Iraq kena bawa duit berkepul apabila berbelanja di pasarnya. Ha ha.
Sebaliknya bagi negara yang tinggi nilai matawangnya, maka negara itu perlu ada note atau coin yang berangka kecil pula, Misalnya Kuwait yang ada note 1/4 (suku ) dinar dan coin 5 fils hingga 100 fils.
Sejak 2003 hingga kini, Iraq ada 7 note iaitu:
50 Dinar
250 Dinar
500 Dinar
1,000 Dinar
5,000 Dinar
10,000 Dinar
25,000 Dinar
Iraq telah bersedia dengan coin 25 Dinar dan 100 Dinar yang belum lagi dimasukkan ke pasaran. Sebarang pertukaran nilai dan note Iraq, sila rujuk di sesawang ini.
Jangan dengar atau percaya dari sumber lain. Hal wang Iraq, hanya sumber dari Bank Negara Iraq sahaja yang SAH. Wooo.
Kita masih menanti hasil rundingan IMF dengan pihak berkuasa Iraq berkaitan isu apungan Dinarnya. Tetapi isyarat semakin dekat apabila kad Visa telah dipelawa untuk diperkenalkan di Iraq. Tidak ada maknanya jika kad Visa diperkenalkan jika ianya tidak boleh digunakan di luar Iraq. Dan jika kad visa boleh digunakan di luar Iraq, maknanya Dinar Iraq sudah diperlakukan di luar Iraq. Lantaran itu, apa pak? Ya, engkau orang bakal menjadi jutawanlah!!!!