Wednesday, September 22, 2010

AL MEHDI PM IRAQ?

Sudah ada persetujuan awal bahawa Abdul Mehdi akan menjadi PM Iraq. Manakala Sayyid Allawi akan dilantik sebagagai Presiden dan wakil Kurdis sebagai Speaker Parlimen.

Jika ini terjadi, barulah dikatakan politik ini  serba mungkin. Parti yang diwakili oleh Al Mehdi  adalah ketiga terbanyak yang menang dalam pilihan raya lalu  tetapi wakilnya dilantik sebagai PM. Agaknya depa belajar dari politik Sabah satu masa lalu, yang menggilirkan jawatan KM Sabah. Wooo.

Namun selagi belum disahkan secara rasmi, maka jawatan PM ini masih lagi dalam misteri. Ha ha. Manalah tahu tiba-tiba saya dipanggil menjadi PM Iraq. Baru cepat dinar diapungkan. Woooo. Gurau aja ya sheikhhhh.

Oh ya, setakat ini  dinar Iraq belum diapungkan, maknanya ia belum dijual beli di pasaran secara rasmi. Tetapi di Amerika, kerajaannya mengadakan satu undang-undang khas supaya dinar boleh dijual beli secara legal.   Maka bertrilion dinar terjual di sana.  Malah ada beberapa syarikat  public listed di US  yang menjadikan Dinar Iraq sebagai potfolio pelaburannya.  Kalau di Malaysia, kira pelik tu.

Maka tak hairanlah, Amerika adalah negara yang amat berkepentingan jika Dinar diapungkan. Dan mereka mahu harga yang lebih tinggi dari satu USD, barulah ummph. Kalau setakat bawah satu dollar, kira sama saja dengan nilainya buat apa?  Inilah logik yang diberikan oleh penganalisa Dinar. Jajaran harga antara USD 1.47 ke USD 6.00 tu macam manasabah pulak, walaupun saya masih beriman pada harga USD 0.30 sahaja.

Sesiapa nak buat belian sehingga saat terakhir pada 5 Oktober sila booking melalui sms kepada saya  supaya mudah menyediakan stoknya.

Satu lagi ingatan saya ialah penyimpan Dinar mesti ada kekuatan kesabaran.  Wang belian Dinar Iraq adalah dari reserve yang tak digunakan dalam tempoh yang   terdekat ini.  Penganalisa Dinar Dunia meramalkan tempoh Dinar diapungkan adalah antara 5 ke 10 tahun sejak 2003. Kini, sudah 7 tahun. Maka bila-bila masa Dinar akan diapungkan. Tetapi ada 3 tahun lagi untuk genap 10 tahun. Jangan tak tak tahu lak. Ha ha ha. Malaysia pun dah tukar PMnya jika 3 tahun lagi.  Woooooo.