Ramai yang risau bagaimana nak tukar wang Dinar Iraq jika ianya diapungkan dalam tempoh terdekat ini. Sebenarnya saya lebih risau "bila nak apung", daripada memikirkan "bagaimana nak tukar Dinar ini". Ha ha.
Dari segi teori dan perundangan, sesuatu mata wang yang telah diapungkan di pasaran, maka ianya boleh ditukarkan di mana-mana di dunia ini dan sebanyak mana pun. Tetapi anda akan dapat pertukaran itu dalam matawang negara mana yang anda tukarkan. Jika di Malaysia dapatlah RM. Jika di Singapura dapatlah Dollar Singapura. Jika di Indonesia dapatlah rupiah. Dan seterusnyalah.
Hanya jika anda menukar Dinar di negara lain, maka anda tertakluk kepada perundangan negara itu yang hanya membenarkan wang di bawa keluar pada had tertentu sahaja. Misalnya kita boleh bawa keluar setakat USD 30,000 dari Singapura. Di India pula, boleh bawa keluar setakat USD 10,000.00. Lain negara lain hadnya. Kena periksalah sebelum anda membawa wang keluar wang dari sesuatu negara. Kalau tak, jadilah macam Mohammad Taib kita tu. Nasib baik mengaku tak reti Inggeris. Ha ha. Yang penting selamat kan.
Jika dinar Iraq sudah berada di tangan anda dalam negara ini, apa yang perlu dirisaukan. Kalau dah apung, dan jika ada Money Changer tak mahu menukarnya, memang banganglah Money Changer tu. Jika 10,000 Rupiah Indonesia pun Money Changer melayan pertukaran kita, takkan sejuta dinar, depa tak mahu melayan kita. Bangang sungguhlah kalau ada Maney Changer macam tu. Sebenarnya Money Changer menanti anda menukar sejuta dinar kerana itulah peluang bisnes mereka. Soalnya sekarang, Dinar belum diapungkan, maka depa eksyen tak melayan anda!!!!!
Harap anda faham dan boleh senyum sebelum tidur malam ini. Bukan berdosa pun berangan nak jadi jutawan. Jika mimpi jutawan pun takut, macam mana nak jadi jutawan ya????