Tuesday, September 21, 2010

BERAPA BANYAK MAHU BELI DINAR

Apabila berita apungan dinar semakin hampir, maka ramai yang bertanya berapa banyak sepatutnya dinar dibeli dan dimilik oleh seseorang?

Jawapan paling mudah ialah berapa  banyak  risiko atau  kerugian yang anda sanggup terima dengan senyum, senang hati  dan gelak ketawa sambil minum teh dengan saya. Ada orang tak sanggup kehilangan walau sepuluh sen pun. Ada orang tak kesah hilang RM 100,000.00 kerana duit seperti janggut katanya; walau dicukur tetap tumbuh lagi. Ha ha.  Tanyalah hati anda sendiri, berapa RM yang anda redho jika terjadi sesuatu kepada pelaburan anda. Lain orang lain jumlahnya. 

Jawapan yang berhemat ialah seperti berikut. Setiap pelaburan perlu diback-up dengan suatu pelaburan lain yang dianggap sebagai paling selamat atau hampir 100% selamat berdasarkan rekod lalu. Kita tak boleh katakan sesuatu  pelaburan selamat 100% kerana sifat pelaburan tetap mengandungi risiko. EPF hilang duit pelaburannya. Sime Bank ditutup. Bank Bumi 2 kali bankrap sehingga hilang dari bumi Malaysia. Perwaja yang kononnya hebat di bawah Eric Chia pun hancur. Tabung Haji pun kehilangan wang pelaburan dengan Ahmadi Hasan. So, tak ada satu pelaburan yang boleh dikatakan selamat 100%. Hanya kita boleh katakan hampir 100% selamat.

Ya, di sini kita andaikan  pelaburan yang hampir 100% selamat dan tinggi dividennya ialah  ialah di ASB, Bank Rakyat, KPF dan Bank Persatuan Seberang Prai. Anda perlu menyimpan atau melabur dalam institusi berkenaan. Andaikan anda menyimpan RM 100,000.00. Jika dividennya ialah 10%, anda  bakal mendapat sebanyak RM 10,000.00. Maka anda hanya boleh membeli Dinar Iraq sebanyak RM 10,000 sahaja. Logiknya, jika terjadi apa-apa kepada Dinar Iraq, maka kerugian anda akan ditebus oleh keuntungan dari ASB, Bank Rakyat, KPF atau  BP Seberang Prai. Maka taklah anda menangis  atau kesal  sepanjang hayat.    Woooo.

Bagi sebahagian  orang,  ASB bukan pilihan pelaburan kerana soal kehalalannya Tepuk dada tanya iman. Ha ha.

Ringkasnya,  ini adalah strategi potfolio pelaburan. Setiap pelaburan anda perlu di back-up dengan pelaburan lain yang dilihat terjamin pulangannya. Dan dalam Malaysia, ada beberapa pelaburan semacam itu. Bertanya-tanyalah kepada yang pakar.