Friday, September 24, 2010

MENGAPA SUKARNYA PM IRAQ DILANTIK

Mengapa sukar sangat nak memuktamadkan siapakah PM Iraq. Jika banyak calunnya, bukankah  mudah  buat sahaja undian di Parlimen, habis cerita. 

Dalam politik, mudah berkata berjuang untuk rakyat. Tetapi perhitugan kuasa dan benda tetap diambil kira. Mana  pernah kita  dengar bahawa orang politik yang sudah berkuasa, sanggup menurunkan gaji dan  elaunnya. Bagi naik adalah. Ha ha.

 Selepas saya renung-renungkan kes Iraq ini, semalam saya terfikir dan bertanya mengapakah sukar sangat nak melantik PM Iraq ini. Ini mesti bab wang punya hal.

Tepat sekali. Kalau saya tahu tentang gaji Presiden, PM dan Naib Presiden Iraq, sudah lama saya berhijrah dan menjadi warga negara Iraq dan bertanding memegang jawatan tersebut di atas.

Gaji Presiden dan PM Iraq dikatakan sebanyak USD 700,000 setahun, tanpa mengambil  kira lain-lain kemudahan.  Gaji Naib Presiden dikatakan sebanyak USD 600,000. Malah ada sumber dalaman mengatakan USD 1 juta. Wau. Jika benar, tentu gaji Presiden dan PM Iraq juga melebehi USD 1 juta setahun. 

Apa nak hairan  dengan gaji tersebut   kerana  Iraq kini  adalah negara OPEC yang ketiga terbesar dalam pengeluaran minyak. 

Yang hebat dan dahsyatnya, pemegang jawatan di atas berhak mendapat pencen sebanyak 80% daripada gaji akhir  dari jawatan mereka selepas berhenti.  Di Malaysia,  kadar  pencen tertinggi adalah  60%  daripada gaji.   Wau, siapa tak mahu bersengkang mata merebut jawatan ini.

Gaji yang mewah  ini membayangkan betapa kayanya Iraq.  Maka  tak sepatutnya nilai Dinar kurang dari harga sekupang, bak kata orang Kedah. Sesungguhnya nilai Dinar Iraq   sepatutnya  bersamaan paling kurang sama dengan RM 1.00 atau USD 0.30. Itu pun sudah terlalu lumayan. Tetapi orang Amerika mahu paling kurang USD 1.47. Dan terbaiknya pada nilai USD 3.40. Namun ada yang gila nakkan USD 6.00. Ha ha.

Cakap banyak pun tak guna. Jom pindah  ke Iraq untuk bertanding jawatan Ahli  Parlimen di sana. Elaun MP Iraq ialah USD 129,800 setahun. Wau. Bertanding kat Monceh pun ese kalah. Baik bertanding kat Iraq. Woooo. 

Baca berita di sini   dan di sini.