Pelbagai pihak sedang membuat lobi akhir untuk memilih PM Iraq. Ianya hingga ke tahap perjumpaan dan rundingan dengan banyak pihak seperti Amerika, Iran, Arab Saudi dan Syria.
Politik dan ekonomi Iraq menarik perhatian negara-negara jirannya dan juga negara kuasa besar dunia.
Perlantikan PM Iraq adalah penting sekali menjelang mesyuarat antara IMF dan Bank Pusat Iraq pada 8 hingga 10 Oktober 2010 ini. Sebarang keputusan besar berkaitan dengan apungan Dinar Iraq sewajarnya dengan pengetahuan dan restu PM baru Iraq. Ramai yang sudah menyampah betapa sukarnya hendak melantik PM ini sehinggakan mencadang supaya Anwar Ibrahim di ekspot ke sana untuk menjadi PM Iraq!!. Wooo.
Sejak 6 bulan lalu Iraq mengalamami kerugian kerana banyak perjanjian perdagangan tidak boleh dibereskan kerana ketidaktentuan PM Iraq.
Dan yang saya tak boleh tahan ialah semakin ramai yang meramalkan nilai Dinar akan naik pada USD 1.47, walaupun saya masih beriman pada harga USD 0.30.
Ramai juga yang bertanya konsep apungan dan mengapa perlu apungan sesuatu matawang. Ini memerlukan satu jawapan akademik. Tetapi alangkah seronoknya kalau boleh dijawab dengan minum teh bersama. Ha ha. Ada yang tak percaya akan keperluan apungan ini. Saya hanya boleh menjawab berapa kerat negara yang tak mengapungkan wangnya? Apungan merupakan satu syarat bagi sebuah negara mahu berniaga secara internasional. Apakah Iraq yang menjual minyaknya berbilion USD, tidak memerlukan apungan ini? Mustahil tak perlu. Dan Jordan yang tidak ada sumber minyak pun, nilai Dinarnya bersamaan RM 5.00. Inikan Iraq pula. Anda fikirlah sendiri.