Ada beberapa persoalan dan keraguan orang ramai terhadap kenaikan nilai dinar Iraq apabila diapungkan nanti. Apa akan terjadi kepada Iraq jika tetiba rakyat Iraq menjadi kaya akibat apungan dinarnya. Nak kaya pun, orang risaukan. Mengapa ya.
Sebenarnya apabila dinar naik semula ke harga asal seperti zaman akhir Saddam (2003) iaitu USD 0.30 = 1 Dinar, maka rakyat Iraq kembali semula ke taraf hidup asalnya sahaja, malah lebih rendah lagi kerana faktor inflasi telah melalui tempoh 7 tahun. Apabila nilai dinar jatuh ke paras bawah satu sen USD pada 2003, maka rakyat Iraq sebenarnya jatuh " miskin." secara relatifnya. Oleh kerana nilai dinar jatuh ketika itu, maka kos barangan secara relatifnya semakin mahal. Maka ia memerlukan sejumlah nilai dinar yang lebih besar lagi untuk memliki semua barangan. Maka note seperti 25K dan 10K diperlukan.
Apabila nilai dinar naik semula nanti, orang Iraq hanya kembali kepada taraf hidup asal. Hanya mereka beruntung jika berbelanja di luar negara kerana kuasa belinya lebih besar jika shoping di luar negara. Lihat kes RM dan Dollar Singapura. Kalau dulu RM dan Dollar Singapura sama nilainya tetapi lama kelamaan nilai Dollar Singapura makin naik. Bagi orang Singapura yang berbelanja di dalam Singapura, ianya tidak memberi kesan kepada kosnya tetapi jika mereka berbelanja di Johor Bharu, maka mereka terasa seperti orang kaya baru. Sebaliknya jika orang Malaysia berbelanja di Malaysia, tak memberi kesan kepadanya. Tetapi jika kita berbelanja di Singapura, maka kita terus jadi miskin. Wooo.
Dengan kata lain, nilai mata wang memberi kesan dan makna yang berlainan jika kita berbelanja di dua negara yang berlainan nilai matawangnya. Tak hairanlah ketika nilai Dinar Iraq pada USD 3.20 pada sebelum 1990, Iraq adalah sebuah negara yang memberi peluang belajar percuma kepada mahasiswa luar negara. Lantaran itu, kita selalu bercakap, bekerja di US tetapi berbelanja di Malaysia. Paling kurang pun kita kata, orang Bangla yang bekerja di Maaysia mampu menyara diri mereka disini dan keluarganya di Bangladesh sekaligus. Mereka tak sibuk pun buat personal loan macam kita di sini. Ha ha ha.