Malaysia menanti 2011 dengan penuh debaran. PRU 13 dijangkan antara Mac dan Jun 2011. Tetapi penyimpan Dinar Iraq bukannya menanti PRU 13. Mereka menanti Dinar diapungkan. Wooo. Dah tak larat menanti. Menanti satu penyeksaan, katanya. Ha ha.
- Tentera Amerika telah berundur. Baki tentera Amerika adalah seramai 50,000 orang dan dijangka akan meningglkan Iraq keseluruhannya menjelang akhir tahun ini.
- Pengeluaran minyak telah melebehi 2.6 juta tong sehari adalah jumlah pengeluaran yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun ini. Nuri Al Malki sedang mengarahkan jumlah pengeluaran minyak ditingkatkan sehingga 8 juta tong sehari dalam tempoh segera. Kita mahu bergerak pantas, katanya.
- Iraq akan menyertai WTO pada November ini. Maka wangnya wajar diapungkan supaya layak menyertai ekonomi dunia yang global.
- Pelaburan asing semakin hebat di Iraq. Mereka memerlukan matawang Iraq berada dalam pasaran wang bagi memudahkan wang mereka keluar masuk dari Iraq.
- Ekonomi Amerika semakin parah. Amerika adalah negara yang paling banyak menyimpan Dinar Iraq. Kenaikan nilai Dinar akan memberi sumber baru kepada Amerika. Amerika akan membeli minyak Iraq dengan kos terendah dan sekaligus menjana kewangan kepadanya.
- Iraq perlu mengembalikan kegemilangan nilai dinarnya. Hanya dek kerana perang sahaja nilai asalnya sebanyak USD 0.30 pada 2003 telah jatuh ke bawah paras satu sen USD. Ia perlu kembali ke nilai asal iaitu USD 0.30 dan seterusnya ke nilai USD 3.22, seperti nilainya pada 1990.