Kini, hutang negara Iraq lebih kurang USD 60 bilion. Jumlah ini lebih kurang sama dengan hutang negaraku Malaysia. Ha ha. Asal hutang Iraq pada 2003 ialah USD130 bilion. Baki hutang ini telah mengambil kira penghapusan yang dibuat oleh negara-negara dari Kelab Paris . Kelab Paris dianggotai oleh negara-negara di Eropah yang dianggap sebagai "Along" Dunia.
Hutang negara ada hubungan dengan nilai matawang. Dikatakan Switzerland dan Singapura adalah negara yang tak punya hutang luar. Maka, tak hairanlah matawang mereka sentiasa menguat. Oleh kerana negara ini berasaskan ekonomi perkhidmatan, maka mereka tidak membuat strategi untuk menurunkan nilai matawangnya, seperti yang diamalkan oleh Jepun dan China. Jepun dan China sentiasa menjaga agar matawangnya tidak menaik secara keterlaluan bagi mempastikan ekspot barangannya kompetetif di pasaran.
Kita juga kena memantau baki hutang Iraq. Jika Iraq dapat menurunkan 50% hutangnya, maka pada bebila masa sahaja nilai Dinar akan naik walaupun tanpa RV. Dinar pun boleh menaik tanpa RV. Pada 2003, nilai USD 1.00 bersamaan 4,000 Dinar. Kini, USD 1.00 bersamaan 1170 Dinar. Saya pun hairan mengapa nilai dinar kekal begitu sahaja tanpa kenaikan kerana logiknya ekonomi Iraq semakin baik. Jika berdasarkan purata kenaikan sejak 2003, nilai Dinar kini sepatutnya ditahap USD 1.00 bersamaan 900 Dinar. Jika pada paras ini, maka RV akan berlaku secara tabie, tanpa memerlukan lonjakan luar biasa seperti mana yang dikhuatiri oleh "orang-orang yang tak mahu kita kaya". Ha ha.
Masih ada orang yang meminta saya mengesahkan status apungan dinar setiap hari. Tak payahlah buat macam tu. Cukuplah anda menyemak di sesawang CBI atau membaca blog ini. Jika benar-benar dinar diapung, saya akan maklomkan kepada anda semua khususnya yang membeli dinar dari blog ini, insyaallah.
Bagi saya, bulan Mac hingga Mei adalah jangka masa yang terbaik dinar diapungkan. Tetapi kuasa muktamad adalah ditangan CBI. Kita hanya melihat tanda-tanda hujan nak turun sahaja. Wooo. Jangan marah jika ramalan cuaca tak tepat.