Ada 2 kejayaan besar Iraq dalam beberapa tahun ini selepas tentera Amerika keluar dari Iraq. Pertama, ialah menambah keluaran minyaknya. Kedua ialah mengawal kadar inflasi dan kini dikatakan setakat 3% ke 5% sahaja.
Kekangan kadar inflasi akan membantu nilai matawang kekal atau menaik secara tabie. Manakala pertambahan pendapatan negara, dan dalam kes Iraq ialah melalui keluaran minyaknya, akan mempastikan negara mampu menyediakan keperluan barangan untuk rakyat dengan secukupnya bagi mengelakkan desakan permintaan yang mengakibatkan kesan inflasi. Manifestasi kestabilan dinar Iraq dapat dilihat dalam tempoh setahun lalu.
Inflasi yang menimpa Iraq pada 2003 adalah kerana faktor "perang" dan bukan kerana faktor-faktor seperti yang dialami oleh negara-negara lain. Inflasi Iraq menjatuhkan nilai matawang Dinar sehingga menyebabkan Iraq memerlukan note besar. Sepatutnya selepas aman dan diikuti dengan pertumbuhan ekonomi yang baik, merujuk kepada Keluaran Negara Kasar dan kadar inflasinya, maka nilai Dinar Iraq sepatutnya kembali kepada nilai asal Kalau dahulu, rakyat Iraq, tiba-tiba menjadi papa, maka apa salahnya rakyat Iraq kembali kaya semula secara tiba-tiba. Ha ha.
Bagi saya, yang menghalang matawang Dinar menaik semula adalah kerana Bank Negara Iraq terus mencetak dan menjual matawangnya. Walaupun ini semacam satu "soft loan" yang diperlukan oleh Iraq, ia sepatutnya dihentikan kerana Iraq hendaklah berusaha mengurus negara melalui pendapatan minyaknya. Kalau pada 2003, tak ada sumber pendapatan tetapi kini sudah ada 2.7 juta tong minyak sehari.
Jangan jadi macam Dolar Amerika yang terus jatuh kerana ia melambakkan matawangnya ke pasaran dunia tanpa ada sandaran emas. Iraq juga hendaklah memberhentikan lambakan dinarnya. Cukup sudahlah yang ada dinar di tangan anda sekarang. Kalau ada 10K pun jadilah, agar tak terkilan. Wooo.
Kekuatan Dinar Iraq pada masa hadapan adalah bersandarkan reserve minyak tetapi mesti ada hadnya. Kalau berlebih, kok payah buy back nanti. Wahai Gabenor Bank Negara Iraq, anta dengarlah ana punya nasihat ini. Dan yang penting paling sekali, pembaca blog ini dah tak tahan menanti apungan Dinar. Kalau mereka gila, anta punya salahlah wahai Gabenor Bank Negara Iraq. Woooo.
Kekuatan Dinar Iraq pada masa hadapan adalah bersandarkan reserve minyak tetapi mesti ada hadnya. Kalau berlebih, kok payah buy back nanti. Wahai Gabenor Bank Negara Iraq, anta dengarlah ana punya nasihat ini. Dan yang penting paling sekali, pembaca blog ini dah tak tahan menanti apungan Dinar. Kalau mereka gila, anta punya salahlah wahai Gabenor Bank Negara Iraq. Woooo.