Apa sahaja pelaburan kita perlu diback-up supaya kita tak puteh mata kehilangan wang. Hilang tenaga dan masa tak apa tetapi hilang wang semacam tak boleh diterima, walhal masa dan tenaga pun bernilai juga. Ha ha.
Semua pelaburan ada unsur risiko. Sektor hartanah dan saham pun tak menjamin ianya kekal stabil. Ada masanya merudum juga. Hanya pada jangka panjang, sesuatu potfolio pelaburan itu dianggap lebih selamat dan paling kurang kekal nilainya. Daripada rugi, dapat modal pun jadilah. Saya pernah melabur dalam Unit Trust yang kononnya ada rekod pulangan 40% selama 3 tahun. Saya pun melaburlah. Tetapi apabila genap 3 tahun, setakat dapat duit pokok sahaja. Sabar ajalah. Wooo. Kalau tak sunggup rugi, anda jangan sesekali melabur apa pun. Ha ha. Tetapi dalam hidup ini, kalau tak melabur, semacam anda menjadi malaikat, tak terliur dengan peluang keuntungan. Sebagai manusia, kita kena makmurkan dunia. Dan salah satu cara memakmurkan dunia ialah dengan melabur. Kalau anda tak melabur ASB, maka PNB akan ditutup dan ramai yang jadi penganggur termasuk Hamid Kama Piah. Ha ha.
Dalam sejarah hanya emas dan minyak yang terus naik harga kerana tawarannya terhad berbanding dengan permintaan. Nilai emas terus naik antara 20 ke 30% setiap tahun. Elok rasanya setiap rakyat Malaysia menyimpan emas paling kurang 100 gm. Kalau boleh sekilo seorang. Di India, yang dikatakan miskin tu pun, purata rakyatnya menyimpan emas sebanyak 5kg sekeluarga. Wau. Fasal itulah apabila India menghadap krisis ekonomi, maka India akan menjual reserve emasnya ke London Gold Exchange. Dan PM India yang bijak tu pun, tercengang apabila mendengar Anwar Ibrahim berbicara soal ekonomi Islam. Wooo. Jangan tak tak tahu bib. (Hj Ahmad Ghazi Bukit Mertajam mesti syok baca statement ini. Woo) Semasa krisis ekonomi 1998, rakyat Korea menyedekahkan emas mereka kepada kerajaannya. Malaysia lain pula gayanya. Kerajaan Malaysia amat baik sekali, disediakan dana harta untuk buy back mana-mana syarikat kroni yang nak mampus. Yang kaya dibantu. Yang miskin ditindas. Nasib kau le oi!!!!
Maka saya cadangkan anda mula menyimpan Dinar Emas. Mulakan dengan 1 Dinar sahaja. Dapatkan dari www.saudagaremas.com/. Nak jadi agen beliau pun boleh. Ha ha. Saya dapat teh free sahaja.