Kekadang saya naik kesian dengan pemilik dinar yang percaya berita angin, kononnya dinar sudah rv di beberapa buah negara. Hukum dan prinsip pengurusan kewangan antara bangsa adalah standard dan konsisten.Jika sesuatu matawang telah diapungklan, maka ia akan laku di mana-mana dalam dunia ini. Sebaliknya, jika negara yang empunya matawang belum mengapungkan matawangnya, maka wang itu tidaklah boleh dijual beli secara rasmi di negara lain. Walaubagaimana pun ada kes sesuatu matawang yang belum diapungkan, laku di sekitar negara jiran mengikut nilai semasa negara yang empunya matawang. Macam kes RM pada 1998 hingga 2005, walaupun belum ditarik tambatannya, maka ia boleh dijual beli di sekitar sempadan Malaysia di Singapura, Thailand dan Indonesia, mengikut nilai tambatan RM.
Walaupun saya hendak sangat dinar Iraq diapungkan segera, dan kalau boleh jam 3 pagi nanti, tetapi saya tak bersedia mengatakan dinar sudah di rv di Jordan dan Syria jika belum dapat pengesahan rasmi dari Bank Negara Iraq. Hanya sumber dari CBI sahaja yang wajar kita terima. Tengok selalu sesawang CBI di sini.
Macam manalah saya hendak percaya dan menghormati bebudak forum dinar dan pelbagai facebook, jika mereka mengatakan saya sedang disiasat oleh BNM, walhal saya sedang enak dalam dakapan isteri saya. Ha ha. Biasanya orang-orang yang suka mereka-reka cerita tak betul ini, semacam ada penyakit dalam hati mereka. Eloklah diubati dengan berzikir kepada Allah kerana golongan berpenyakit hati ini terdedah dengan sifat munafik. Barang dijauhkan oleh Allah. Muka saya ada di tepi blog, no hp ada, no tel pejabat ada, emel ada dan jika nak minum sama pun dipersilakan. So, janganlah buat perkara mengarut. Amat malang sekali jika sang munafik hanya berlagak macam ayam jantan berkokok tanpa menunjukkan dirinya. Gerenti hantu puchong tu. Wooo. Ha ha, sesekali orang tua ni nak mengata juga.