Friday, March 29, 2013

DINAR IRAQ: IKLAN JUALAN RUMAH KEDAI DI GEMENCHEH

IKLAN:


RUMAH KEDAI  1 1/2 TINGKAT, 4464, TAMAN DATO MOHD TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN,  MAHU DIJUAL PADA HARGA RM 230,000.00

HUBUNGI  PAK NGAH  ALI 012-2104244.


Wednesday, March 27, 2013

DINAR IRAQ: SENTIASA TEROKA YANG BARU

Dr M mengikat atau menambat  RM pada tahun 1998 pada harga RM 3.80/USD. Jika tidak, RM akan terus merudum lebih teruk lagi. Pada ketika itu RM sudah merudum ke RM 4.20/USD. Ramai pengimpot Malaysia mengalami kerugian kerana kos pertukaran USD meningkat hampir sekali ganda.

Tahun 2005 barulah Pak Lah membebaskan RM ke pasaran semula.  Dalam suasana tak perang, Malaysia menambat matwangnya selama 7 tahun. Inikan Iraq yang punah ranah dek serangan Amerika!!! Kuwait sendiri mengambil masa 13 tahun. Bagaimana dengan Iraq?  Kita harap antara 10 ke 13 tahun. Bulan Oktober nanti genaplah 10 tahun.  Kita harap akan berlaku RV sebelum akhir tahun ini. Dengan tekanan Bank Dunia, kita berharap sangat  RV berlaku dengan segera. Berharap tidak sama dengan ramalan. Ha ha. Mana mungkin kita meramalkan. Kita hanya mampu berharap berdasarkan senario yang berlaku di Iraq.

Ada yang tak tidur malam menunggu RV Dinar. Apa ke tidaknya, semuannya mengharapkan keuntungan Dinar untuk memenuhi angan masing-masing. Ha ha. Dinar Iraq merupakan salah satu cara menjana wang. Bukan satu-satunya cara menjana wang bib. Eloklah kita meneroka peluang lain. Banyak sekali peluang di sekeliling kita.  Jika orang Nepal, Indonesia dan Pakistan datang jauh beribu batu ke sini mencari makan, takkan kita tak nampak peluang lain yang ada. Ha ha. Paling kurang buatlah kerja part time. Jika menjual produk kanak-kanak - juallah produk  untuk pintar. Produk untuk perempuan - untuk slim. Produk untuk lelaki - untuk kuat. Ha ha.


Tuesday, March 26, 2013

DINAR IRAQ: SIAPA BAKAL UNTUNG?

Siapakah yang paling untung jika dinar Iraq naik nilainya?

Anda mesti merasa andalah yang paling untung  sekali kerana anda menyimpan Dinar Iraq. Ha ha. Walaupun ada 10K Dinar pun sudah terasa kaya bib. Maklomlah jika Dinar naik ke USD 0.30  pun, ia akan menjadi RM 10,000.00. Woo. Paling kurang pun sudah ada tambang ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.  Bagaimana pula jika ada 1 juta Dinar?  Jangan cakaplah  betapa syoknya anda. . Surat letak jawatan kerja sudah lama disiapkan untuk dihantar le bos, sebaik sahaja dinar RV dan naik ke USD0.30. Woooo.

Ya, siapakah yang paling untung jika Dinar Iraq naik? 

Jawapannya ialah pembeli minyak atau negara pengimpot minyak Iraq. 

Negara yang paling banyak memiliki Dinar Iraq ialah Amerika dan Israel. Sudah barang tentu mereka akan bekerja mempastikan dinar Iraq naik nilainya. Jika Bank Dunia sudah bersuara supaya Iraq berusaha menaikan nikai Dinar, faham faham sahajalah.  Saya ada sedikit rizab untuk jualan. tetapi minima jualan ialah satu juta Dinar sahaja. Woooo.  Alang alang membeli, biar menjadi jutawan bib. Kalau tak jadi, tak akan mati. Ha ha.  Masih banyak peluang yang boleh diteroka. Kini saya ada AP impot daging beku. Mau kongsi. Modal  impot RM 300K. Mahu kongsi minima RM 50k seorang. Sudah ada RM 100K. Perlu RM 200K lagi. Talipon saya 012-2104244. SMS tak layan, letih menekan jari. Woooo.

Monday, March 25, 2013

DINAR IRAQ: BANK DUNIA DAH MARAH IRAQ

Semalam buat pertama kalinya  Bank Dunia membuat pengumuman untuk menyusun semula dua buah bank kerajaan Iraq iaitu Rafidain and Rasheed  Bank  bagi meningkatkan dinar Iraq. Ha ha. Bank Dunia pun dah letih menunggu dinar naik agaknya sehingga mereka mengambil langkah untuk campur tangan dalam urusan bank di Iraq. 

Saya tidak hairan jika beberapa hari lalu, pihak berkuasa Iraq menangguhkan percetakan matawang barunya pada tahun hadapan kerana sepatutnya Iraq lebih  menumpukan kepada usaha-usaha membangunkan institusi ekonomi, kewangan dan perbankannya yang secara tidak langsung  akan  meningkatkan nilai matawangnya. 

Pertukaran matawang bukanlah strategi bijak atau tepat untuk menaikan nilai Dinar Iraq. Apabila Bank Dunia mulai campur tangan dalam urusan perbankan Iraq,  maka usaha itu bukanlah pelik sangat kerana Bank Dunia pun simpati dengan pemilik Dinar  yang tak naik-naik itu. Wooo. Tetapi janganlah perasan oi, Bank Dunia bukan kesian kat Ridhuan Skudai atau Hanapi Kemaman  tetapi depa  kesian kat Amerika yang memiliki Dinar Iraq bertrilion itu!!!!

Nampaknya "hasrat" saya   difahami oleh Bank Dunia. Ha ha. Siapapun yang ada sedikit pengetahuan ekonomi dan kewangan, akan berpendapat sesebuah negara hendaklah memperkukuhkan matawangnya melalui usaha memperbaiki urus tadbir kewangan dan sistem perbankan  negara masing masing. Kini pihak berkuasa Iraq sudah respon dengan teguran Bank Dunia.  Hanya Najib sahaja yang masih kuat membuat hutang negara kita. Ha ha. Najib buat hutang negara dalam tempoh 5 tahun ini  hampir 300 bilion mengalahkan jumlah yang dibuat oleh 5 orang PM terdahulu, hanya sebanyak RM 220 bilion sahaja. Wooo. wajib tukar... tukar kerajaanlah. Dok ingat tukar dinar sahaja. Tarak patut u  orang. Bila talipon daku, tanya bila RV, bukannya ajak makan nasi Arab. Wooooo.

Moga-moga dengan campur tangan Bank Dunia, dinar Iraq akan segera naik. Ada yang tak sanggup tunggu tahun 2014. Siapa? Engkau orang le. Woooo.

Kaya pun  tarak guna jika tak kuat bib. Harga tawaran sehingga 31 Mac sahaja sebagai agen. Dapatkan  segera di sini.






Wednesday, March 20, 2013

DINAR IRAQ: HUTANG IRAQ

Hutang negara memberi kesan kepada kadar pertukaran wang asing sesebuah  negara. Lagi tinggi hutang luarnya, akan memberi implikasi kepada kejatuhan nilai matawang negara itu.

Mengikut data di web CBI, hutang Iraq pada 2010  ialah USD 92.3 bilion  berbanding dengan KDNKnya  USD 82.2 bilion.  Hairan juga kenapa tidak ada rekod hutang negara Iraq  yang terkini. Bank Negara Malaysia mampu memberi data hutang negara yang terkini. Wooo. Bab ini Malaysia hebat.

Kalau mengikut amalan Malaysia, nisbah hutang negara dengan KDNK adalah tidak melebehi 55%.  Kini Malaysia, pada paras 53.5% - 54%. Wau tinggal sedikit lagi untuk mencecah paras yang  ditetapkan. Woooo.

Namun Iraq lagi hebat dan dahsyat, kerana kadar nisbah hutang negara  dengan KDNK adalah melebehi 100%. Ha ha. Patutlah nilai dinarnya  tak naik-naik lagi.

Maka kita berharap data 2011 hingga 2013, rekod hutang luar Iraq akan menurun  supaya membolehkan nilai Dinar naik secara fundamental. 

Cukuplah catatan saya pada pagi ini setakat ini. Kok berat kepala memikirkannya. Ha ha. Jika saya  keluarkan data hutang Malaysia pula, ramai yang tak selera untuk sarapan pagi pula.  Yang pasti anda akan berazam untuk menukar. Bukan tukar dinarlah. Tetapi tukar kerajaan. Woooo.

Jika kawan sebelah terkena kencing manis, ini penawarnya.  Maklomlah kuat sangat minum teh mamak. Ha ha.


Tuesday, March 19, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: JIKA NOTE BARU...

Jawatan kuasa Kewangan Parlimen Iraq bersetuju note matawang Dinar Iraq diganti dengan yang baru supaya edarannya dapat dikurangkan di pasaran.  Namun beberapa isu teknikal  masih perlu diselesaikan terlebih dahulu. Hanya pihak berkuasa Iraq memberi jaminan pertukaran note ini tidak akan merugikan penyimpannya dan pemberi hutang.  Pihak berkuasa Iraq tidak menyebut pun usaha-usaha mengapungkan dinarnya di pasaran seperti kehendak ramai.

Agak suspen juga untuk mengetahui bagaimanakah tatacara Iraq menukar matawangnya kepada note baru dari segi "nilai"nya.  Dikatakan usaha ini akan mengurangkan jumlah edaran note iraq sebanyak 4 kali ganda dari sekarang. Kalau dulu ada 4 bilion dinar, maka ianya akan menjadi 1 bilion sahaja. Dengan nilai 1 bilion itu  tetap sama seperti  nilai 4 bilion dahulu, bagaiamankah proses memahamkan orang ramai kepada nilai dinar itu.  Dalam kes Turki, ia mempunyai 2 jenis note dalam masa serentak. 1 juta Lirar note lama sama nilai dengan 1 Lirar note baru.  Setiap kedai akan memaparkan harga barangan dalam 2 nilai iaitu 1 juta Lirar lama dan 1 Lirar baru.  Akhirnya selama 7 tahun proses ini dilakukan, matawang Lirar yang lama dilupuskan di pasaran secara perlahan lahan.  Syarat utama proses pertukaran note baru ialah, negara berkenaan hendaklah mengawal inflasi dan nilai pertukaran asingnya tidak jatuh.

Bagaimanakah modelnya di Iraq  nanti. Kita perlu  pantau dengan serius. Maklomlah  masing-masing ada sejuta Dinar. Jika note Dinar lama ada 1 juta  jadi 250,000 Dinar dalam note baru  dan kemudianya RV pada harga RM 1.00 pun, kita masih tetap menjadi kaya juga. Wooooo.

Ya, jika belum kaya shoping di sini.   Jika dah kaya, kita shoping bersama Rosmah di London. Woooo.

 


Saturday, March 16, 2013

DINAR IRAQ: SELAMAT TUKAR....

Pembaziran dan agihan yang tidak adil adalah punca utama kemiskinan. Demikian kata Saidina Ali, 15 abad yang lalu.  Dalam bahasa sekarang, pembaziran dan ketidakadilan adalah punca ketidak seimbangan ekonomi sebuah negara. Isu ekonomi bukan kerana kekurangan sumber pendapatan negara sahaja tetapi faktor awalnya ialah isu akhlak atau  moral sang pengurus ekonomi.

Bayangkanlah peruntukan BRIM sebanyak RM 4 bilion diagihkan kepada lebih 8 juta orang tetapi subsdi kepada 3 syarikat IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang membekal tenaga kepada TNB  adalah RM 19 bilion!!!. Walhal TNB sendiri  mampu mengeluarkan tenaga tanpa IPP tersebut. IPP tidak  mampu menghasilkan tenaga yang murah untuk dibekalkan kepada TNB sehingga menyebabkan kerajaan memberi subsidi kpd IPP sebanyak RM 19 bilion. Nampak sangat BN memberi wang dengan senang kepada kroninya. Bukan RM 500 oi. Tetapi RM 19  bilion. 

RM 19  bilion itu boleh bagi pendidikan percuma pengajian tinggi  kepada rakyat Malaysia yang hanya diperlukan RM 4 bilion sahaja setahun!!!!

Bukan tak ada wang, tetapi salah urus keutamaan kepada rakyat sebenarnya. Itulah moral atau akhlak sang pemimpin negara...Tepat kata Saidina Ali. Ali Maidin hanya mengingatkan kembali kata-kata yang berharga itu.  Woooo.

SELAMAT MENUKAR KERAJAAN!!!!  Lepas tukar kerajaan,  kita tukar dinar Iraq pula. Ha ha

Cerita lanjut di sini, sini, dan sini.

Friday, March 15, 2013

DINAR IRAQ: MONOPOLI MUSOH NEGARA

Monopoli adalah antara isu ekonomi  dalam sebuah negara. Lazimnya monopoli hanya dibenarkan kepada syarikat milik penuh kerajaan sahaja dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat khususnya seperti kawalan harga.  Perkhidmatan tenaga (LLN), lebuh raya (Plus), telekomunikasi (Telekom), air (JBA), pos, bekalan beras (Bernas)   dan lain lain telah  dikorporat dan diswastakan oleh Dr M secara monopoli. Akhirnya syarikat ini  bukan lagi milik kerajaan 100%. Mereka  tidak  mementingkan kebajikan rakyat. Ianya sudah dijadikan bahan dagangan di BSKL untuk kepentingan kaum pemodal dan pemain saham.

Hujah utama pengkorporatan dan penswastaan syarikat kerajaan adalah untuk tujuan kecekapan.  Itu hanya alasan  yang paling lemah kerana semua pekerja ayarikat ini adalah dari jabatan kerajaan yang lama juga. Sebenarnya isu biroraksi, latihan, skim gaji dan insentif yang memangkinkan kecekapan pekerja.  Semua isu ini boleh dibuat juga dalam syarikat  milik kerajaan  100% tanpa dijual kepada rakan kongsi baru -  yang akhirnya dianggap sebagai kronisme

Apabila kadar letrik, air, talipon dan pos naik secara mendadak, ianya mengurangkan pendapatan benar rakyat.  Di dalam sebuah negara, rakyat  sepatutnya  mendapat subsidi bagi perkhidmatan ini.  Jika syarikat-syarikat ini memberi dividen beratus juta ringgit  kepada pemegang sahamnya, ianya memberi makna bahwa kos yang dikenakan bagi perkhidmatan adalah berlebihan sehingga mampu memberi pulangan  kepada pemegang saham.   Jika perkhidmatan ini tidak diswastakan, maka rakyat akan mendapat harga perkhidmatan tersebut dengan lebih murah lagi!!!!

Lainlah kalau kita dah jadi jutawan dinar Iraq, tak kesah sangat jika harga barang naik. Tetapi itu pun tak boleh, kerana hak rakyat mesti dituntut.

Jika kencing tawar tak apa. Tapi jika kencing manis, ini penawarnya.




Thursday, March 14, 2013

DINAR IRAQ: FAEDAH MATAWANG TINGGI NILAINYA

Jika sebuah negara banyak mengimpot,  adalah satu kebaikan jika matawangnya bernilai tinggi.  Dengan ini kos bahan untuk penggunaan rakyat adalah murah berbanding dengan negara lain. Maka pendapatan benar rakyat lebih meningkat lagi. 

Dalam kes Iraq, nilai Dinarnya rendah. Maka kos impotnya adalah mahal. Maka masalah inflasi lambat ditangani. Jika dinarnya kuat, maka kos bahan makanan  akan lebih rendah. Bahan makanan menyumbang 30% wajaran kepada Indeks Harga Pengguna.   Bayangkan rakyat Kuwait yang datang berbelanja di negara kita yang membawa Dinar Kuwait. 1 Dinar Kuwait bersamaan RM 9.00. Mereka joli sakan dengan hanya membawa 2,000 Dinar Kuwait sahaja. Tetapi jika rakyat Iraq datang ke Malaysia, mereka terpaksa membawa beratus juta Dinar Iraq untuk berbelanja.  Ha ha.

Langkah strategik yang perlu dibuat oleh Iraq ialah mewujudkan satu senario ekonomi  yang membolehkan dinarnya dibebaskan di pasaran dan menguat secara perlahan-lahan.  Dengan hasil utamanya dari minyak iaitu 95% daripada pendapatan negara, adalah diyakini nilai Dinar akan terus menguat ke nilai asal seperti awal 2003.

Ya, tiap malam menanti dinar naik. Tetapi yang wajib naik dan perlu naik bagi sang lelaki dilupa jangan. Penawarnya di sini.  Woooo. Jangan menyesal jika anda tak merasa  syurga dunia. Ha ha.






Wednesday, March 13, 2013

DINAR IRAQ: SATU RENUNGAN LAIN SEKEJAP

Antara isu dalam ekonomi  negara ialah agihan pendapatan rakyat.  Agihan pendapatan rakyat pula sering dikaitkan dengan jurang pendapatan  dalam kaum,  jurang pendapatan  antara kaum, jurang pendapatan antara wilayah (negeri)  dan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Apabila menyebut agihan pendapatan, maka isu monopoli akan diperkatakan.

Subsidi seperti   BRIM  adalah satu mekanisma segera membantu mengurangkan jurang pendapatan  rakyat, Tetapi  ianya bukan strategi  yang baik dan berkesan untuk jangka panjang.  Mesti ada perubahan struktur  ekonomi serta  peningkatan ilmu dan kemahiran rakyat  untuk membolehkan rakyat berpartisipasi dan merebut peluang ekonomi negara secara adil dan sama rata.  Tugas utama negera ialah mewujudkan prasarana peluang yang adil dan menyeluruh kepada rakyat untuk membolehkan mereka meningkatkan pendapatan mereka.

Sebagai contoh,  pemberian permit teksi secara monopoli dan terpileh kepada syarikat kroni telah menafikan hak pemandu teksi perseorangan  mendapat permit teksi. Tak fasal fasal sang pemandu teksi terpaksa menanggung kos tambahan menyewa permit teksi dan sewa teksi. dari syarikat pemilik permit teksi.  Ini sudah tentu bukan sahaja membebankan pemandu teksi peseorangan,  malah mengurangkan pendapatan mereka.  Saya pun hairan bagaimana kerajaan BN tidak boleh melaksanakan idea yang paling mudah untuk membantu rakyat yang memandu teksi dengan memberi mereka permit teksi secara langsung tanpa orang tengah.  Nampak sangat kerajaan mengutamakan geng mereka sahaja.  Monopoli adalah musoh ekonomi tetapi  itulah yang diamalkan oleh BN.

Oh Allah, kau bagilah pemerintah yang sayangkan rakyatnya....

Tuesday, March 12, 2013

DINAR IRAQ: BANK IRAQ PERLU GLOBAL

Iraq sendiri berhajat sangat agar matawangnya kukuh dan menguat di pasaran seperti zaman kegemilangannya dahulu. Era Saddam Husin yang memerintah secara kuku besi sehingga tidak mematuhi standard antara bangsa menyebabkan matawang dinar jatuh merudum ke USD 0.30, sebelum Amerika menceroboh Iraq. 

Pakar Ekonomi di Iraq  sering mengingatkan Iraq supaya mewujudkan persekitaran sistem ekonomi dan perbankan yang bertaraf global untuk memungkinkan dinarnya stabil dan kukuh semula di pasaran. Lantaran itu, Iraq kini sentiasa menggubal pelbagai undang-undang untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem perbankannya.  Usaha-usaha ini akan menarik bank antara bangsa untuk membuka cawangan di Iraq.  Iraq semestinya menuju ke era perbankan yang global kerana itu keperluan bagi sebuah negara.  Tambahan pula Iraq adalah pengekspot minyak terbesar dunia!!!

Bank-bank yang sedia ada di Iraq mengambil tindakan yang cukup berani kerana sentiasa mengambil  peluang membeli matawang Iraq yang dilelong oleh Bank Negara Iraq setiap bulan.  Jika anda hanya menyimpan sejuta dinar sahaja, ianya hanya "celah gigi" sahaja kerana bank-bank perdagangan di Iraq menyimpan berbilion USD nilai dinar Iraq. Jika anda menunggu dinar naik, bank perdagangan disana, lagilah mengharapkan dinarnya naik supaya "kekayaan" bank bertambah dengan kenaikan nilai Dinar Iraq itu.

 Naik tetap naik. Soalnya bila. Jika parlimen Malaysia yang dah genap 5 tahun pun,  PM Najib masih belum jumpa tarikh pembubaran parlimen. Inikan pula Iraq, masih tak tau bila nak RV. Ha ha. Moga-moga anda diberi makam assobirin menanti RV.

Yang pasti, yang tak patut  sabar  bagi seorang lelaki  ialah  tak naik naik.... Opps rahsianya di sini.   Adalah pelik jika seorang lelaki terus bersabar jika tak naik-naik. Wooo.

Friday, March 8, 2013

DINAR IRAQ: BAJET IRAQ LULUS DAH

Dilaporkan Parlimen Iraq  telah  meluluskan bajet 2013nya pada sessi Khamis lalu  sejumlah USD 119 bilion.

Unjuran pendapatan Iraq masih berdasarkan jumlah pengeluaran minyaknya  1.8 juta tong sehari dengan harga USD 90 setong.

Walaupun Iraq berusaha mengeluarkan minyak ke tahap 3 juta tong sehari,  tetapi  anggaran pendapatannya   dibuat secara konservatif iaitu 1.8 juta tong sehari.

Dikatakan pada akhir 2003, jumlah pengeluaran minyak  Iraq  ialah 5 juta tong sehari  dengan kadar harga USD 30 setong.  Apakah Iraq perlu mencapai sasaran pengeluaran minyak kepada 5 juta tong sehari, barulah dinarnya kembali kepada USD 0.30?  Satu kemungkinan agaknya. Tetapi harga kini USD 90 setong adalah 3 kali ganda dari harga 2003.

(yang dah kuat, diperkasakan lagi. Bukan lelaki jika tak mencuba. Wooo. Klik di sini.)




Thursday, March 7, 2013

BAJET IRAQ BELUM DILULUSKAN LAGI

Bajet Malaysia 2013 sudah diluluskan pada Oktober lalu. Malah telah dibelanjakan sehabis mungkin menjelang PRU 13 ini. Ha ha. Tetapi malangnya di Iraq, bajet 2013 masih belum diluluskan. Apa punya turrr daaa.

Negara demokrasi hanya boleh berbelanja secara rasmi apabila Bajet diluluskan oleh Parlimen. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan mestilah berdasarkan Bajet.  Jika Bajet tak diluluskan, bagaimana hendak melaksanakan pembangunan negara.  Inilah antara yang pelik di Iraq - lambat benar  Bajetnya diluluskan. Woooo

Satu warisan terbaik dari penjajahjan British di Malaya ialah sistem dan strukur pemerintahannya  yang jelas  - yang mengandungi  pelbagai  kompenan/institusi  yang jelas fungsinya.  Yang mungkin lambat  sikit di Malaysia    ialah   lambat  bertindak ke atas pencerobohan di Lahat Datu sahaja agaknya. Wooo.


Jika lambat sangat derasnya - inilah ramuannya. Woooo

Wednesday, March 6, 2013

DINAR IRAQ: KEBAIKAN MATAWANG YANG KUKUH

Negara memerlukan matawangnya yang stabil dan kukuh di pasaran. Ini memudahkan aktiviti ekonomi  samada aktiviti ekspot, impot, pelaburan dan lain lain. 

Matawang yang kuat atau lemah berbanding dengan USD ada kelebihan dan kekurangannya.  Nilai pertukaran sesuatu matawang selalunya dibandingkan dengan USD, kerana dominannya pengaruh Amerika dalam ekonomi dunia. Suka atau suka, Amerika  menjadi pemacu ekonomi dunia. 

Jika matawang kita kuat, maka kos impot kita akan lebih murah.  Jika yang diimpot itu ialah bahan makanan, maka kita akan mendapat bekalan bahan Makanan pada harga yang   murah. Macamlah  orang Singapura yang beli  bahan   makanan dari Malaysia. Ringgit Singapura tinggi.   Sumber bahan makanan Malaysia pula murah.  Maka rakyat Singapura seolah-olah mendapat barangan yang berganda murahnya. Begitu juga  kita dengan Thailand; kita membeli  barangan Thailand dengan harga yang  murah  juga.

Begitulah dengan Iraq. Dengan kejatuhan matawangnya, maka Iraq mendapat sumber makanan dari luar pada harga yang relatifnya mahal. Tetapi jika dinarnya naik, maka secara otomatik, Iraq akan mendapat barangan dari luar pada harga yang murah.  Lantas Iraq perlu memperkukuhkan nilai Dinarnya. Bila. Allah jua yang tahu. Kita hanya meramalkan sahaja dan berharap sahaja terjadi dengan segera.

Lahat Datu, apa khabar hari ini??

Jika anak setahun ke atas, minumlah susu ini.

Tuesday, March 5, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: JIKA NOTE BARU

Ramai yang khuatir jika note dinar semasa bertukar kepada note yang baru.

Lazimnya pemegaang sesuatu matawang diberi tempoh yang manasabah untuk menukar matawang sedia ada kepada note yang baru.

Pembeli dinar dari blog ini  bolehlah berurssan dengan saya nanti.  Jangan panik ya...

Kini, kita tunggu berita dari Lahat Datu dari masa ke semasa.

Selepas itu, tunggu parlimen dibubarkan.

Selepas itu lagi, tunggu hari mengundilah!!!!

Wooooo




Monday, March 4, 2013

SESEKALI TUKARLAH

Hidup di UK, pendapatan rakyatnya tinggi tetapi kos hidupnya rendah.

Hidup di Malaysia, pendapatan rakyatnya rendah tetapi kos hidupnya tinggi.

Maka tak hairanlah, lebih 8 juta rakyat Malaysia dapat BRIM. Moga-moga selepas dinar iraq naik, maka bilangan penerima BRIM  dapat dikurangkan. Ha ha.

Sudah lama makan laksa, sesekali makanlah yang lain pula. Sudah lama memangkah dacing, kali ini tukarlah. Wooo!!

Hidup satu penantian....