Hutang negara memberi kesan kepada kadar pertukaran wang asing sesebuah negara. Lagi tinggi hutang luarnya, akan memberi implikasi kepada kejatuhan nilai matawang negara itu.
Mengikut data di web CBI, hutang Iraq pada 2010 ialah USD 92.3 bilion berbanding dengan KDNKnya USD 82.2 bilion. Hairan juga kenapa tidak ada rekod hutang negara Iraq yang terkini. Bank Negara Malaysia mampu memberi data hutang negara yang terkini. Wooo. Bab ini Malaysia hebat.
Kalau mengikut amalan Malaysia, nisbah hutang negara dengan KDNK adalah tidak melebehi 55%. Kini Malaysia, pada paras 53.5% - 54%. Wau tinggal sedikit lagi untuk mencecah paras yang ditetapkan. Woooo.
Namun Iraq lagi hebat dan dahsyat, kerana kadar nisbah hutang negara dengan KDNK adalah melebehi 100%. Ha ha. Patutlah nilai dinarnya tak naik-naik lagi.
Maka kita berharap data 2011 hingga 2013, rekod hutang luar Iraq akan menurun supaya membolehkan nilai Dinar naik secara fundamental.
Cukuplah catatan saya pada pagi ini setakat ini. Kok berat kepala memikirkannya. Ha ha. Jika saya keluarkan data hutang Malaysia pula, ramai yang tak selera untuk sarapan pagi pula. Yang pasti anda akan berazam untuk menukar. Bukan tukar dinarlah. Tetapi tukar kerajaan. Woooo.
Jika kawan sebelah terkena kencing manis, ini penawarnya. Maklomlah kuat sangat minum teh mamak. Ha ha.