Iraq sendiri berhajat sangat agar matawangnya kukuh dan menguat di pasaran seperti zaman kegemilangannya dahulu. Era Saddam Husin yang memerintah secara kuku besi sehingga tidak mematuhi standard antara bangsa menyebabkan matawang dinar jatuh merudum ke USD 0.30, sebelum Amerika menceroboh Iraq.
Pakar Ekonomi di Iraq sering mengingatkan Iraq supaya mewujudkan persekitaran sistem ekonomi dan perbankan yang bertaraf global untuk memungkinkan dinarnya stabil dan kukuh semula di pasaran. Lantaran itu, Iraq kini sentiasa menggubal pelbagai undang-undang untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem perbankannya. Usaha-usaha ini akan menarik bank antara bangsa untuk membuka cawangan di Iraq. Iraq semestinya menuju ke era perbankan yang global kerana itu keperluan bagi sebuah negara. Tambahan pula Iraq adalah pengekspot minyak terbesar dunia!!!
Bank-bank yang sedia ada di Iraq mengambil tindakan yang cukup berani kerana sentiasa mengambil peluang membeli matawang Iraq yang dilelong oleh Bank Negara Iraq setiap bulan. Jika anda hanya menyimpan sejuta dinar sahaja, ianya hanya "celah gigi" sahaja kerana bank-bank perdagangan di Iraq menyimpan berbilion USD nilai dinar Iraq. Jika anda menunggu dinar naik, bank perdagangan disana, lagilah mengharapkan dinarnya naik supaya "kekayaan" bank bertambah dengan kenaikan nilai Dinar Iraq itu.
Naik tetap naik. Soalnya bila. Jika parlimen Malaysia yang dah genap 5 tahun pun, PM Najib masih belum jumpa tarikh pembubaran parlimen. Inikan pula Iraq, masih tak tau bila nak RV. Ha ha. Moga-moga anda diberi makam assobirin menanti RV.
Yang pasti, yang tak patut sabar bagi seorang lelaki ialah tak naik naik.... Opps rahsianya di sini. Adalah pelik jika seorang lelaki terus bersabar jika tak naik-naik. Wooo.