Negara memerlukan matawangnya yang stabil dan kukuh di pasaran. Ini memudahkan aktiviti ekonomi samada aktiviti ekspot, impot, pelaburan dan lain lain.
Matawang yang kuat atau lemah berbanding dengan USD ada kelebihan dan kekurangannya. Nilai pertukaran sesuatu matawang selalunya dibandingkan dengan USD, kerana dominannya pengaruh Amerika dalam ekonomi dunia. Suka atau suka, Amerika menjadi pemacu ekonomi dunia.
Jika matawang kita kuat, maka kos impot kita akan lebih murah. Jika yang diimpot itu ialah bahan makanan, maka kita akan mendapat bekalan bahan Makanan pada harga yang murah. Macamlah orang Singapura yang beli bahan makanan dari Malaysia. Ringgit Singapura tinggi. Sumber bahan makanan Malaysia pula murah. Maka rakyat Singapura seolah-olah mendapat barangan yang berganda murahnya. Begitu juga kita dengan Thailand; kita membeli barangan Thailand dengan harga yang murah juga.
Begitulah dengan Iraq. Dengan kejatuhan matawangnya, maka Iraq mendapat sumber makanan dari luar pada harga yang relatifnya mahal. Tetapi jika dinarnya naik, maka secara otomatik, Iraq akan mendapat barangan dari luar pada harga yang murah. Lantas Iraq perlu memperkukuhkan nilai Dinarnya. Bila. Allah jua yang tahu. Kita hanya meramalkan sahaja dan berharap sahaja terjadi dengan segera.
Lahat Datu, apa khabar hari ini??
Jika anak setahun ke atas, minumlah susu ini.