Semalam buat pertama kalinya Bank Dunia membuat pengumuman untuk menyusun semula dua buah bank kerajaan Iraq iaitu Rafidain and Rasheed Bank bagi meningkatkan dinar Iraq. Ha ha. Bank Dunia pun dah letih menunggu dinar naik agaknya sehingga mereka mengambil langkah untuk campur tangan dalam urusan bank di Iraq.
Saya tidak hairan jika beberapa hari lalu, pihak berkuasa Iraq menangguhkan percetakan matawang barunya pada tahun hadapan kerana sepatutnya Iraq lebih menumpukan kepada usaha-usaha membangunkan institusi ekonomi, kewangan dan perbankannya yang secara tidak langsung akan meningkatkan nilai matawangnya.
Pertukaran matawang bukanlah strategi bijak atau tepat untuk menaikan nilai Dinar Iraq. Apabila Bank Dunia mulai campur tangan dalam urusan perbankan Iraq, maka usaha itu bukanlah pelik sangat kerana Bank Dunia pun simpati dengan pemilik Dinar yang tak naik-naik itu. Wooo. Tetapi janganlah perasan oi, Bank Dunia bukan kesian kat Ridhuan Skudai atau Hanapi Kemaman tetapi depa kesian kat Amerika yang memiliki Dinar Iraq bertrilion itu!!!!
Nampaknya "hasrat" saya difahami oleh Bank Dunia. Ha ha. Siapapun yang ada sedikit pengetahuan ekonomi dan kewangan, akan berpendapat sesebuah negara hendaklah memperkukuhkan matawangnya melalui usaha memperbaiki urus tadbir kewangan dan sistem perbankan negara masing masing. Kini pihak berkuasa Iraq sudah respon dengan teguran Bank Dunia. Hanya Najib sahaja yang masih kuat membuat hutang negara kita. Ha ha. Najib buat hutang negara dalam tempoh 5 tahun ini hampir 300 bilion mengalahkan jumlah yang dibuat oleh 5 orang PM terdahulu, hanya sebanyak RM 220 bilion sahaja. Wooo. wajib tukar... tukar kerajaanlah. Dok ingat tukar dinar sahaja. Tarak patut u orang. Bila talipon daku, tanya bila RV, bukannya ajak makan nasi Arab. Wooooo.
Moga-moga dengan campur tangan Bank Dunia, dinar Iraq akan segera naik. Ada yang tak sanggup tunggu tahun 2014. Siapa? Engkau orang le. Woooo.
Moga-moga dengan campur tangan Bank Dunia, dinar Iraq akan segera naik. Ada yang tak sanggup tunggu tahun 2014. Siapa? Engkau orang le. Woooo.
Kaya pun tarak guna jika tak kuat bib. Harga tawaran sehingga 31 Mac sahaja sebagai agen. Dapatkan segera di sini.