Dr M mengikat atau menambat RM pada tahun 1998 pada harga RM 3.80/USD. Jika tidak, RM akan terus merudum lebih teruk lagi. Pada ketika itu RM sudah merudum ke RM 4.20/USD. Ramai pengimpot Malaysia mengalami kerugian kerana kos pertukaran USD meningkat hampir sekali ganda.
Tahun 2005 barulah Pak Lah membebaskan RM ke pasaran semula. Dalam suasana tak perang, Malaysia menambat matwangnya selama 7 tahun. Inikan Iraq yang punah ranah dek serangan Amerika!!! Kuwait sendiri mengambil masa 13 tahun. Bagaimana dengan Iraq? Kita harap antara 10 ke 13 tahun. Bulan Oktober nanti genaplah 10 tahun. Kita harap akan berlaku RV sebelum akhir tahun ini. Dengan tekanan Bank Dunia, kita berharap sangat RV berlaku dengan segera. Berharap tidak sama dengan ramalan. Ha ha. Mana mungkin kita meramalkan. Kita hanya mampu berharap berdasarkan senario yang berlaku di Iraq.
Ada yang tak tidur malam menunggu RV Dinar. Apa ke tidaknya, semuannya mengharapkan keuntungan Dinar untuk memenuhi angan masing-masing. Ha ha. Dinar Iraq merupakan salah satu cara menjana wang. Bukan satu-satunya cara menjana wang bib. Eloklah kita meneroka peluang lain. Banyak sekali peluang di sekeliling kita. Jika orang Nepal, Indonesia dan Pakistan datang jauh beribu batu ke sini mencari makan, takkan kita tak nampak peluang lain yang ada. Ha ha. Paling kurang buatlah kerja part time. Jika menjual produk kanak-kanak - juallah produk untuk pintar. Produk untuk perempuan - untuk slim. Produk untuk lelaki - untuk kuat. Ha ha.