Tuesday, March 19, 2013

DINAR IRAQ TERKINI: JIKA NOTE BARU...

Jawatan kuasa Kewangan Parlimen Iraq bersetuju note matawang Dinar Iraq diganti dengan yang baru supaya edarannya dapat dikurangkan di pasaran.  Namun beberapa isu teknikal  masih perlu diselesaikan terlebih dahulu. Hanya pihak berkuasa Iraq memberi jaminan pertukaran note ini tidak akan merugikan penyimpannya dan pemberi hutang.  Pihak berkuasa Iraq tidak menyebut pun usaha-usaha mengapungkan dinarnya di pasaran seperti kehendak ramai.

Agak suspen juga untuk mengetahui bagaimanakah tatacara Iraq menukar matawangnya kepada note baru dari segi "nilai"nya.  Dikatakan usaha ini akan mengurangkan jumlah edaran note iraq sebanyak 4 kali ganda dari sekarang. Kalau dulu ada 4 bilion dinar, maka ianya akan menjadi 1 bilion sahaja. Dengan nilai 1 bilion itu  tetap sama seperti  nilai 4 bilion dahulu, bagaiamankah proses memahamkan orang ramai kepada nilai dinar itu.  Dalam kes Turki, ia mempunyai 2 jenis note dalam masa serentak. 1 juta Lirar note lama sama nilai dengan 1 Lirar note baru.  Setiap kedai akan memaparkan harga barangan dalam 2 nilai iaitu 1 juta Lirar lama dan 1 Lirar baru.  Akhirnya selama 7 tahun proses ini dilakukan, matawang Lirar yang lama dilupuskan di pasaran secara perlahan lahan.  Syarat utama proses pertukaran note baru ialah, negara berkenaan hendaklah mengawal inflasi dan nilai pertukaran asingnya tidak jatuh.

Bagaimanakah modelnya di Iraq  nanti. Kita perlu  pantau dengan serius. Maklomlah  masing-masing ada sejuta Dinar. Jika note Dinar lama ada 1 juta  jadi 250,000 Dinar dalam note baru  dan kemudianya RV pada harga RM 1.00 pun, kita masih tetap menjadi kaya juga. Wooooo.

Ya, jika belum kaya shoping di sini.   Jika dah kaya, kita shoping bersama Rosmah di London. Woooo.