Thursday, March 7, 2013

BAJET IRAQ BELUM DILULUSKAN LAGI

Bajet Malaysia 2013 sudah diluluskan pada Oktober lalu. Malah telah dibelanjakan sehabis mungkin menjelang PRU 13 ini. Ha ha. Tetapi malangnya di Iraq, bajet 2013 masih belum diluluskan. Apa punya turrr daaa.

Negara demokrasi hanya boleh berbelanja secara rasmi apabila Bajet diluluskan oleh Parlimen. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan mestilah berdasarkan Bajet.  Jika Bajet tak diluluskan, bagaimana hendak melaksanakan pembangunan negara.  Inilah antara yang pelik di Iraq - lambat benar  Bajetnya diluluskan. Woooo

Satu warisan terbaik dari penjajahjan British di Malaya ialah sistem dan strukur pemerintahannya  yang jelas  - yang mengandungi  pelbagai  kompenan/institusi  yang jelas fungsinya.  Yang mungkin lambat  sikit di Malaysia    ialah   lambat  bertindak ke atas pencerobohan di Lahat Datu sahaja agaknya. Wooo.


Jika lambat sangat derasnya - inilah ramuannya. Woooo