Tuesday, October 27, 2015

Prospek ekonomi Iraq 2016

Bajet 2016 Malaysia telahpun dibentangkan oleh PM Najib pada Jumaat lalu. Tapi bajet Iraq belum dengar lagi bilakah akan dibentangkan. Biasanya bajet di Iraq mengambil masa untuk diluluskan. Walaupun Iraq ada sistem parlimen tetapi perjalanannya tidaklah sebaik parlimen di negara barat atau Asia.


Bajet Malaysia menghadapi cabaran kerana harga minyak yang jatuh merudum sehinggakan Najib bersyukur kerana telah memperkenalkan GST sebagai sumber pendapatan baru. Iraq juga akan menghadapi nasib yang sama seperti Malaysia kerana 90% pendapatan Iraq adalah dari minyak. Dengan ini, Iraq akan menghadapi bajet yang defisit dalam ekonomi Iraq. Secara tak langsung ia juga mempengaruhi kekuatan matawang. Maka dalam masa terdekat ini, nilai dinar Iraq akan mengharungi ranjau yang berduri.


Walaupun aktiviti ekonomi dan perdagangan Iraq berjalan seperti biasa tetapi dengan keadaan harga minyak yang merudum ianya tidak membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Iraq. Kita akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi akan prestasi ekonomi Iraq apabila bajet 2016 Iraq nanti. Mari kita nantikan. Moga-moga sesuatu yang positif ditunjukkan walaupun kita tahu senarionya penuh cabaran.


Org strok memang banyak yang baik apabila makan Cellmaxx .Banyak testimoni yang saya terima. Dan orang yang nak menjaga dan membaiki masalah buah pinggang. tiada produk lain setakat ini kecuali Gum Arabic Al Manna.

Saturday, October 3, 2015

Apabila Dato' berlagak PM Iraq

Pada Ahad lalu heboh di akhbar mingguan Metro cerita Dinar. Saya sudah menjangka cerita ini akan meletup suatu hari nanti. Kes ini adalah kerana seorang penjual Dinar yang tidak memberi Dinar kepada pembelinya, sebaliknya menyimpan sendiri dan menjanjikan jika Dinar tidak RV pada tarikh tertentu, pembeli Dinar akan mendapat bayaran 2 x ganda dari belian dinar. Apabila kes ini dilaporkan kepada polis dan dilaporkan oleh akhbar, maka cerita salah laku penjual dinar itu sudah dicampuradukkan dengan prospek Dinar Iraq.

Tidak siapapun boleh menjanjikan bila tarikh RV yang tepat, malah pihak berkuasa Iraq pun sendiri tidak pernah menyatakan apa-apa tentang nilai masa depan Dinar Iraq. Hanya spekulator ekonomi sahaja yang mengharapkan dan meramalkan dinar Iraq berpotensi naik kerana Iraq merupakan salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia. Memanglah sesuatu yang melucukan apabila pembeli dinar percaya kepada seorang Dato' penjual dinar yang meramalkan tarikh RV, macam seolah-olah dia perdana Menteri Iraq. Hahahahahaha.

Bagi sang pembeli Dinar yang membeli dinar daripada Dato dan tidak menerima dinar pun merupakan suatu tindakan yang bodoh. Kerana beli wang mestilah dapat wang. Jika wang disimpan oleh orang lain, maulana serban 7 tingkat akan melesapkannya juga. Woooo.

Pergolakan Timur Tengah yang begitu hebat sekarang khususnya pelarian Syria dan Iraq serta kejatuhan harga minyak yang terus menerus, sesungguhnya menjejaskan pendapatan negara teluk termasuk Iraq.Oleh itu dalam tempoh beberapa bulan ini, kita boleh melupakan tentang RV sehinggalah apabila kita melihatkan tanda-tanda harga minyak menaik semula. 

Sementara menunggu RV , mari kita berborak-borak mengenai Dinar dan ekonomi dunia di Kedai Nachos @Chewbit Station , Mamak Republic Batu Caves, sambil makan Nachos keluaran saya sendiri. Hari-hari ada kedai wooo....!


Harap posting ini memuaskan hari semua yang menelefon dan whatsapp kepada saya.


Wednesday, August 26, 2015

Teori Pusingan Ekonomi

Teori pusingan ekonomi telah benar-benar terjadi kepada Malaysia. RM 4.20 sedollar US pada 1998 kini berlaku lagi pada Malaysia hari ini. Kita tidak tahu berapa lama nilai ini akan kekal RM4.20. Rakyat Malaysia akan terasa kesannya dalam beberapa bulan lagi jika nilai itu terus kekal.


Teori pusingan ekonomi juga berlaku kepada Iran. Kini Iran telah terlepas daripada sekatan ekonomi antarabangsa. Britain akan membuka pejabat kedutaannya di Tehran dan Iran pula akan membuka pejabat kedutaannya di London. Sebenarnya negara-negara Eropah amat rindu untuk berdagang dengan Iran kerana Iran lebih stabil politiknya berbanding negara-negara Arab yg lain. Di Iran tidak berlaku pertempuran antara etnik ataupun antara mazhab. Dan rakyatnya bersatu dibawah kepimpinan ulamaknya.


Selepas Malaysia & Iran melalui pusingan ekonominya maka kita mengharap Iraq juga akan melalui pusingan ekonominya pula. Dan sudah tentulah kita mengharapkan nilai dinarnya yg gilang gemilang. Maka anda pun akan tersenyum dan bersorak gembira. Berdasarkan apa yg berlaku dlm ekonomi dunia kita berkeyakinan teori pusingan ekonomi akan tetap berlaku di Iraq.


Selamat RV oh Dinar Iraq ku..woo.

Jika anda atau keluarga atau sahabat yg sakit sendi, susah sembahyang berdiri, strok dan macam-macam sakit lain,  makanlah Cellmaxx.

Boleh hubungi saya 012-2104244 Ali Maidin

Masih boleh beli Dinar Iraq jika tak mahu terlepas peluang jadi kaya. Woo.

Wednesday, August 12, 2015

RM Menjunam

Rasanya semua penyimpan dinar sudah puas berhari raya. Kalau masih tak puas berhari raya lagi tangguhkanlah sambutannya pada tahun hadapan pula. Hahaha.


Saya tak menulis apa apa dalam blog ini sejak beberapa minggu yang lalu kerana memang tidak ada berita dinar yang panas untuk dikongsikan bersama. Kini yang panas cerita 1MDB dan kejatuhan RM yang hari ni telah pun mencecah RM 4.00 sedollar.


Nampaknya teori pusingan kejatuhan RM  berlaku di Malaysia tetapi kenaikan Dinar Iraq tidak pula berlaku lagi.


Akhir-akhir ini, ada juga penyimpan dinar sibuk mencari Riyal Iran kerana menjangkakan Riyal Iran akan naik, selepas sekatan ekonomi terhadapnya digugurkan oleh antarabangsa. Oleh kerana saya pun tidak tahu nilai Riyal Iran semasa zaman shah dulu maka saya tidak dpt membandingkan nilainya pada masa zaman skrg.


Namun jika sesiapa ada info, bolehlah dimasukkan ke dalam blog ini.


Jika ada sedara mara adik beradik yang strok, boleh mencuba Cellmaxx.  

2 kotak RM 280 
Ali 012-2104244

Boleh dengar kakak ni punya testimoni. Subhanallah..hebat ! 

Saturday, June 20, 2015

BERDOALAH UNTUK RV

Selamat Menyambut Ramadhan. Moga penyimpan dinar tekun beribadah, tidak diganggu oleh tarikh RV. Ha..ha.... Mengikut Adam Montana, penganalisis dinar dari Amerika.. dinar tidak akan RV sehingga Aidilfitri ini. Memanglah menjadi amalan di dunia Arab pada bulan Ramadhan depa lebih menumpukan masa kepada ibadah dan tidur. Tak ada masa nak pikir isu-isu besar dalam ekonomi atau pentadbiran. 


Kita terdengar menjelang Ramadhan beberapa hari yang lalu, ISIS berjaya menembak jet tentera Iraq. Walaupun ISIS tidak ada negara, hanya sekadar sebuah kumpulan tetapi keupayaannya melawan sebuah negara berdaulat seperti Iraq amat menakjubkan kita. Jika Iraq seorang diri melawan ISIS mungkin sukar atau lambat untuk berjaya. Iraq perlu bantuan luar. Moga-moga selepas Aidilfitri nanti, gerakan membersihkan Iraq dapat dilakukan secara agresif. 


Kalau berlaku RV sekarang kita akan menikmati nilai tukaran yang lebih besar lagi kerana nilai USD telah melampaui RM3.70. Satu ketika dulu gabenor bank negara Malaysia mengatakan US Dollar naik kerana faktor saikologi tetapi anggapan ini semakin meleset. Kerana Isu 1MDB telah menjatuhkan kadar penarafan kredit Malaysia, sekaligus menjatuhkan nilai RM.


Seperti Iraq, Malaysia juga menghadapi isu yang sama. Matawang jatuh kerana faktor kredit dan hutang luar yang membebankan dan makin kita risaukan lagi jika negara kita tidak mampu membayar hutang luar mengikut jadual. Apabila Dr M membalun Najib ianya bukan sesuatu yang pelik, kerana Mahathir tahu akan risiko hutang luar. Dr M sendiri menghadapi isu yang sama pada tahun 1997 / 1998.  Apabila Nazir Razak, adik Najib Razak tidak puas hati kepada abangnya sendiri, maka kondisi ekonomi negara kita amat mencemaskan. Kos hidup makin naik, kadar upah tidak berubah, peluang pekerjaan semakin kecil, kuasa beli pengguna semakin menurun - itulah tanda-tanda Malaysia diancam bahaya. Apakan daya, rakyat Malaysiaku tetap percaya dengan Najib Razak termasuk Abdul Hadi Awang.  Alahai Pas ....


Penyakit buah pinggang dikatakan tidak ada ubatnya, tetapi testimoni Gum Arabic memberi harapan kepada pesakit buah pinggang. Baca di sini http://pemboronggumarabic.blogspot.com/

Tuesday, June 9, 2015

Tunggu minyak 90 dollar

2 minggu yang lalu saya menerima whatsapp yang menunjukkan carta matawang asing yang nilai dinar Iraq bersamaan 1usd & 3usd. Sungguh pelik sekali bagaimana carta ini direkacipta untuk mensyokkan penyimpan dinar. Sungguhpun kita berharap nilai dinar naik ke 1usd / 3usd, tetapi janganlah sampai menjadi gila menyebarkan berita-berita palsu tentang kenaikan dinar  yang belum sahih, 


Dalam tempoh yang sama juga saya menerima panggilan dari sang broker yang mahu membeli dinar sebanyak 250 juta dinar dan ada yang 1 trilion. Di pasaran kini wujud sekumpulan orang yang mewar-warkan mereka mahu membeli dinar beratus juta dan meminta sesiapa untuk mengumpulkan dinar sebanyak itu. Tetapi bila kita telah mengumpulkan dinar sebanyak itu, pembeli itu pun hilang lesap. Tak tahulah apa niat mereka membuat perangai tersebut. Jadi sesiapa pembaca blog ini janganlah terpengaruh dengan orang-orang yang kononnya nak membeli beratus juta dinar. Buang masa dan perabih beras sahaja. 


Situasi politik di Iraq merisaukan kita kerana gerakan IS begitu agresif menawan beberapa wilayah dalam Iraq. Tentera Iraq seolah-olah tidak mampu melawan gerakan IS ini. Amerika dan Iran adalah 2 negara yang berminat untuk membantu Iraq melawan IS tetapi kedua-dua negara ini tidak mahu dilihat bersama-sama membantu tentera Iraq melawan IS kerana kita tahu Iran dan Iraq adalah musuh ketat antara satu sama lain. Iran ada kepentingan dengan Iraq kerana majoriti rakyat Iraq adalah bermazhab Syiah dan Amerika pula berkepentingan dengan Iraq kerana memiliki telaga minyak di negera tersebut. Kita harap Iran & Amerika janganlah malu-malu untuk membantu Iraq melawan IS.


Kondisi ekonomi dunia sekarang agak kalut kerana masalah bencana alam dan isu orang pelarian samada di Eropah ataupun di Asia. Walaupun harga minyak mulai beransur naik tetapi suasana muram ekonomi akan terus berlangsung dalam 2015 ini. Bagi kita rakyat Malaysia dengan begitu mudah mengenalpasti samada ekonomi ini baik atau tidak dengan melihat harga komoditi kita iaitu getah dan sawit naik atau tidak. Jika naik, ekonomi dunia maknanya bagus. Dan sebaliknya. Jadi, nilai dinar Iraq juga bergantung kepada suasana ekonomi Iraq. Jika harga minyak dunia masih rendah, maka secara automatik nilai dinarnya tidak akan naik. Jika harga minyak melebihi 90USD barulah kita boleh berangan-angan dgn kenaikan dinar Iraq. 


Sementara nak menunggu dinar Iraq naik, marilah kita menjaga kesihatan kita untuk merasa laba ke atas kenaikan dinar iraq nanti. Oleh itu bagi pesakit buah pinggang makanlah Gum Arabic. Dan pesakit sendi & otot makanlah Cellmaxx. Hubungilah saya untuk menjadi agen Gum Arabic & Cellmaxx 012-2104244 . Woooo .




Tuesday, May 12, 2015

CBI Sabotaj Dinarnya Sendiri.

1 Mei telah berlalu. Ramai org telah kaya. Bukan kaya kerana telah RV. Tapi kerana kaya dibayar 2 kali ganda daripada harga pembelian dinarnya dari seseorang di Malaysia ini. Hahaha.

Di pasaran ada dikalangan penjual dinar yg menjanjikan yangg muluk muluk dan sanggup membayar 2x ganda jika dinar tidak RV. Walaupun RV itu akan berlaku tetapi tiada siapa pun yang boleh menjanjikan tarikh sebenar RV. Bank negara yg punya kuasa untuk meng Rv pun tidak menjanjikan apa apa. Kita memang berharap dan berdoa utk RV tetapi kita tak boleh berbohong bahawa kita tahu tarikh RV.


Dilaporkan Parlimen Iraq telah meluluskan penerbitan dinar Iraq dalam note yg baru yg bernilai 50k, 100k, dan 200k. Penerbitan Note note besar ini memberi pelbagai makna dan tafsiran. Adakah note baru ini diwujudkan kerana bank negara iraq ingin memperkenalkan note baru yg lebih tinggi kualiti ciri ciri keselamatannya atau adakah kerana nilai dinar tidak akan naik dalam masa yg terdekat. Note yang besar menggambarkan matawangnya bernilai terlalu kecil dan sebaliknya. Ada kajian mengatakan bahawa bank negara iraq akan melupuskan note note dinar yang bernilai kecil dan fokusnya kepada note dinar 500 ke bawah. Maka saya cadangkan sesiapa yang ada menyimpan note dinar 500 ke bawah bolehlah dijual semula.


Harga minyak semakin menaik. Kita doakan Iraq akan meningkatkan pendapatannya melalui kenaikan harga minyak dan mewujudkan surpulus ( lebihan belanjawan ). Iraq begitu teruk sekali ekonominya mengalami dengan menghadapi defisit belanjawan selepas kejatuhan harga minyak beberapa bulan yang lalu. Maka tidak hairanlah bank negara iraq tidak berfikir untuk meningkatkan nilai dinarnya.


Ada beberapa web antarabangsa yang menganalisa betapa pelik dan hairan terhadap sikap bank negara Iraq yang tidak membenarkan kenaikan dinar Iraq sejak 2009 walhal nilai dinar itu secara fundamentalnya layak naik sepertimana berlaku antara tahun 2003 hingga 2009. Jika kenaikan dinar Iraq naik seperti trend 2003 hingga 2009 maka dengan mudah nilai dinar Iraq itu skrg bernilai 1USD. Sikap bank negara Iraq ini seolah olah ada konspirasi untuk mensabotaj penyimpan dinar meraih kenikmatan dari keuntungan dinar iraq. Bank negara Iraq sanggup membiarkan rakyatnya papa kedana dengan nilai dinarnya yang terlalu rendah sekarang.

Bak kata P. Ramlee 'apa punya turrrr daaaaaa'.

Kita memerlukan sel yg sentiasa hidup. Sel dalam tubuh kita sentiasa mati dan perlu dijana semula. Apabila kita berumur 25 thn ke atas, sum sum tulang tidak lagi produktif dan memerlukan rangsangan untuk menjanakan sel. Cellmaxx makanan ajaib mampu menjana 4 juta sel dengan sekali makan.

Sel yang subur dalam badan kita akan memudahkan menyerap vitamin lain dan khasiat ubat yang kita makan. Baik utk pesakit sendi sendi. Ekzema. Diabetis. Darah tinggi. Strok. Kanser. Asma dll.
Cerita lanjut di www.cellmaxx.my

Friday, April 3, 2015

Teori Pusingan Ekonomi

Tahun 2015 dan 2016 adalah merupakan tahun harapan dinar Iraq di RV.

Dinar Kuwait  melonjak semula ke  USD  3.4 pada 2003 setelah ia jatuh ke USD 30 sen pada 1990. Atas asas inilah  ramai orang meramalkan dinar Iraq akan mengikut rentak nilai Kuwait iaitu mengambil masa lebih kurang 13 tahun untuk ke paras asalnya.  Walaupun sejarah selalu berulang, tetapi ia bukanlah sesuatu yang 'gerenti', namun kita berharap sangatlah Dinar Iraq akan mengulangi Dinar Kuwait. 

Di akhbar Iraq ada menyatakan bahawa akan ada konvensyen kewangan antarabangsa yang akan di adakan di Baghdad pada Oktober 2015. Berita inilah dijadikan alasan seolah-olah konvensyen ini akan membincangkan nasib dinar Iraq. 

Ahli ahli nujum dinar Iraq di Malaysia meramalkan dinar akan naik pada bulan Mei atau selewat-lewatnya Oktober. Mudah-mudahan ramalan ahli nujum ini tepat seperti ramalan nujum pak belalang. hahaha. 

Bagi saya, teori pusingan ekonomi 10 tahun sedikit sebanyak akan mebawa impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Iraq, walaupun kini sudah memasuki 12 tahun , maka adalah diharapkan ia tidak akan mengambil masa yang lebih lama lagi untuk menyempurnakan teori pusingan ekonomi itu. Jika tidak ada isu ISIS dan kejatuhan harga petrol barangkali ekonomi Iraq pada masa ini sudah cukup memberangsangkan Iraq. 

Dalam masa yang sama, senarion di Iran yang mula mendapat kelonggaran daripada sekatan ekonomi antarabangsa diharap dapat mempengaruhi kemajuan ekonomi serantau timur tengah dan sekaligus memberi impak kepada Iraq. 

Apabila Iraq kini telah menguatkuasakan matawangnya tidak boleh dibawa keluar maka ini adalah tanda penting Iraq menjaga matawangnya  tidak melambak di pasaran sekaligus tidak membenarkan spekulator mengeksploitasi dinar di pasaran khususnya dinar yang berada di luar negara. 

Oleh kerana tidak lama lagi akan kaya, jagalah kesihatan baik-baik. Makanlah CELLMAXX dan GUM ARABIC. 

Thursday, March 26, 2015

Dinar Iraq 'GERENTI' atau PROSPEK ?

Antara soalan yang menarik bagi pembeli dinar baru ialah , adakah dinar iraq 'gerenti' RV ? 


Fuhh ! Ini soalan maut. Mana ada  perkara dalam dunia ini gerenti. Kapal terbang pun boleh terhempas, malah boleh hilang sehingga tak dijumpai .


Bercakap soal ekonomi atau pelaburan, ianya tidak ada jawapan gerenti tetapi ialah prospek. Sesuatu negara dalam dunia global dan moden , sesuatu matawang mestilah diapungkan di pasaran .Hanya negara yang disekat ekonominya macam Iran, wangnya tidak diapungkan dan dijual beli di pasaran. Kini Iraq pasca Saddam Husein memasuki era baru politik dan ekonomi. Maka tidak dapat tidak wangnya satu hari nanti perlu diapungkan dan dinilai semula dari nilai sekarang. Oleh kerana Iraq merupakan pengeluar minyak terbesar dunia suatu masa dahulu dan masih lagi menyimpan rezab minyak dan gas dunia, maka ia dikatakan berpotensi menjadi negara terkaya dunia. Lantaran itulah dinar dikatakan kembali menguat seperti nilainya paling kurang pada USD 30sen, iaitu pada akhir tahun 2003 sebelum Saddam dijatuhkan oleh Amerika.


Soalnya kini , apakah yang menjadi halangan utama pada RV setelah kini telah memasuki tahun yang ke 12 matawang dinar Iraq yg sedang kita pegang ini. Ada yang menyimpan di bawah bantal sehingga termimpi-mimpi di malam hari. Bila bangun pagi terus menelepon saya sudah boleh tukar ka ? Woooo.


2 Halangan besar  untuk dinar Iraq RV pada masa kini, iaitu :

- ancaman militan IS
-harga minya yang merudum kini.


Kita sambung cerita minggu depan. Sambil tu, makanlah Gum Arabic untuk mencegah darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.




Tuesday, March 17, 2015

Note 50 Dinar ditarik dari pasaran

Sudah sah bank negara Iraq menarik balik note 50 dinar dari pasarannya dalam tempoh 2 bulan dari sekarang.


Bagi sesiapa yang memiliki note 50 dinar, lupakan saja untuk memulangkannya ke Bank Negara Iraq kerana nilainya terlalu kecil iaitu tidak sampai 15 sen. Tetapi jika anda ada note 50 dinar sebanyak 1 juta dinar, eloklah dibuat usaha untuk menghantar dinar Iraq ini ke Iraq. Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan antara kita hanya memiliki note 50 dinar sekeping sahaja kerana beberapa tahun yang lalu penjual penjual dinar menjual set dinar yang mengandungi sekeping note 50 dinar. 


Saya akan berbicara lagi tentang isu IS pada beberapa hari lagi akan datang kerana hari ini terlalu sibuk melayan penyimpan-penyimpan dinar yang tak sabar menanti RV. Woo.

Friday, March 6, 2015

Harga Dinar Naik

Bulan Februari adalah bulan kelahiran saya. Dah tua-tua ini tak ada lah majlis makan kek lagi. Takut gula naik. Woo. Tetapi ada yang lebih seronok lagi pada bulan Februari yang lalu ianya adalah bulan panik nak RV. Banyak SMS dan panggilan talipon yang saya terima bertanyakan  bagaimana nak tukar dinar Iraq. Apabila saya menjawab belum RV lagi, ada orang berkata di Iraq dah RV, hanya Malaysia sahaja yang belum. Ini pun satu yang lucu kerana mana mungkin nilai dinar  tidak sama antara lain-lain negara. Ikut kau lah luncai oi. Wooo..


Kini harga dinar naik bukan kerana nilai dinar naik tetapi kerana kenaikan nilai USD. Jika dulu 1000 USD adalah RM 3000. Kini ia bernilai RM 3600. Pengimport dinar negara ini terpaksa menaikkan harga jualan dinar kerana kenaikan tukaran nilai USD.


Hanya nasihat saya kepada bakal pembeli baru dinar, jika membeli dinar mestilah mendapat dinar. Bukan sekadar mendapat surat perjanjian memiliki dinar dari sang penjual. Cerita kerajaan Iraq mahu menarik note 50, adalah tidak sahih lagi. Maka sesiapa yang ada note 50 dinar, janganlah panik. 


Dalam bab RV , jangan sesekali terpengaruh dengan berita dalam web Dinar Guru kerana web ini selalu buat berita palsu sahaja. Yang pasti RV pasti berlaku :

Kalau tak hari ini, esok RV.
Kalau tak minggu ini, minggu depan RV
Kalau tak bulan ini, bulan depan RV.
Kalau tak tahun ni, tahun depan RV. Woo.

Jika dah tak sanggup menunggu RV dan menghadapi kesesakan wang, juallah dinar kepada saya. Hahaha.


Untuk rambut anda sentiasa dilihat remaja, gunakanlah Syampu BSY.

Saturday, February 28, 2015

IS halangan utama RV sekarang

Saya tidak menulis sejak 13 Februari lalu kerana bersiap sedia untuk terbang ke Dubai untuk menukar Dinar Iraq jika benar-benar berlaku RV. Ramai yang menelepon saya kenapa tidak berlalu RV seperti yang diramalkan dalam satu forum pada beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya hanya Bank Negara Iraq sahaja yang boleh mengumumkan RV. Bukan sesiapa dalam dunia ini. Itu pun bank negara akan membuat RV tanpa mengumumkan terlebih dahulu. Jika Bank Negara Iraq mengumumkan tarikh RV, ianya bersalahan dengan prinsip kewangan dan sistem perbankan dunia. 


Kita hanya boleh menjangka bila sesuatu matawang itu akan menguat dengan melihat indikator ekonomi sesuatu negara. Antaranya ialah melihat imbangan perdagangan sesebuah negara. Jika sesuatu negara itu, eksportnya melebih import, maka negara itu akan mencipta pendapatan yang berlebihan ( surpulus ). Situasi ini pada jangka panjang akan menyebabkan belanjawan tahunan negara itu akan berimbang. Iaitu jumlah perbelanjaan dan pendapatan negara itu lebih kurang sama. Jika belanjawan negara itu masih lagi defisit ianya menggambarkan negara itu tidak cukup pendapatan untuk membiayai perbelanjaan negara. Sekaligus ianya menyebabkan matawangnya tidak kuat.


Justeru itu penyimpan Dinar Iraq seharusnya melihat perkembangan eksport Iraq dan belanjawan tahunannya supaya kita lebih peka kepada nilai dinar semasa dan potensinya pada masa depan. 


Dalam situasi sekarang indikator segera yang perlu kita lihat adakah bank negara Iraq masih meneruskan aktiviti melelong dinarnya setiap bulan. Jika sudah lebih 3 bulan dinar Iraq tidak dilelong, itu adalah tanda tanda bank negara Iraq puas hati dengan jumlah edaran wang dinarnya. Jika edaran wang dinar tidak bertambah di pasaran dan wujud permintaan kepada dinar itu, maka berpotensi untuk naik. Situasi inilah yang perlu kita lihat secara serius.


Meramalkan Dinar Iraq naik, bukan berdasarkan mimpi seseorang . Tetapi ia berdasarkan fundamental ekonomi Iraq. Maka penyimpan dinar Iraq jangan sesekali mendengar khabar angin dari jalan Chow Kit. Sentiasalah melihat laporan ekonomi Iraq dalam web bank negara Iraq , akhbar dan web-web ekonomi di Iraq.


Mulai sekarang, sehingga akhir  2016 yang mahu kita lihat juga pengganas IS mestilah dinyahkan dari Iraq. Jika tidak, ia mengganggu pertumbuhan ekonomi Iraq. Faktor IS adalah faktor utama pada masa kini untuk membolehkan RV berlaku. Selagi kita mendengar IS masih berada di Iraq, jangan kita mimpikan RV itu berlaku. 


Jadi, sementara menanti RV mari kita tolong pesakit diabetis, darah tinggi dan buah pinggang untuk makan Gum Arabic. 



Friday, February 13, 2015

RV dan keperluan Apungan.

Beberapa hari yang lalu kecoh dinar akan RV dalam bulan Februari ini atau selewat-lewatnya 1 Mei 2015. Bagi saya jika tepat ramalan itu, bersyukurlah kepada Allah Taala. Tetapi jika tak berlaku janganlah tuan-tuan menghempas kepala sendiri. Hahaha. 


Sebenarnya dalam kes Dinar Iraq, ada 2 isu utama.  Pertama, ialah Revalue atau penilaian semula dinar iraq. Kedua, isu apungan dinar di pasaran wang. 


Hakikatnya, revalue boleh berlaku samada wang itu belum diapungkan atau telah diapungkan di pasaran. Jika wang dinar itu belum diapungkan di pasaran, maka nilainya ditentukan oleh Bank Negara Iraq. Tetapi jika dinar telah diapungkan, maka nilainya ditentukan oleh pasaran wang itu sendiri. 


Nilai dinar Iraq ini telah pun naik sejak November 2003 sehingga sekarang. Bank negara Iraq telah pun mengRV ( menilai semula nilainya ) sejak 2003 hingga sekarang bermula dengan nilai 4000 Dinar / 1 USD ke 1300 Dinar , ke 1230 Dinar dan kini 1167 Dinar/ 1USD. Tetapi nilai ini tidak signifikan kepada kita selaku penyimpan dinar. Kita mahu sekurang-kurangnya nilai dinar itu USD0.30 sepertimana nilai sebelum Amerika masuk Iraq pada 2003.


Katakan, Bank Negara Iraq menilai dinar iraq ini ke USD 0.30 atau lebih lagi daripada itu, barulah bank negara Iraq membuat tindakan yang bermakna untuk mengapungkan dinar ini. Yang nak saya tegaskan pada tulisan ini ialah bank negara Iraq mempunyai kuasa untuk menaikkan nilai yang signifikan berbanding matawang asing lain supaya apabila ia diapungkan ke pasaran, dinar itu setanding dengan nilai matawang negara - negara jirannya.


Di sini, bank negara Iraq hanya akan mengambil keputusan mengapungkan dinarnya ke pasaran antarabangsa apabila ia benar-benar yakin matawangnya stabil & tidak jatuh menjunam apabila ia berada di pasaran. Kalau tidak reputasi Iraq akan jatuh dan memberi kesan buruk kepada ekonomi Iraq.


Bagi saya, Bank negara Iraq lebih tahu senario ekonomi dan matawangnya. Semua bank negara dalam dunia ini berusaha memperkuatkan nilai matawangnya, termasuklah Iraq. Indikator utama yang perlu untuk kita menjangkakan nilai dinar ini naik hingga USD 0.30, sekurang-kurangnya, Iraq perlu mengeluarkan minyak sebanyak 5 juta tong sehari. Kini Iraq baru mengeluarkan 3juta tong sahaja. Itulah persoalannya sekarang, bilakah Iraq mampu mengeluarkan minyak 5 juta tong sehari ?


Moga-moga tak ada orang hentak kepala pada 1 Mei 2015. Wooooo.


Selamat Makan Limau !

Tuesday, January 27, 2015

1 sen USD pun berbaloi

Ringgit Malaysia terus melemah dan diramalkan terus melemah. Jika RV berlaku dalam masa terdekat , maka penyimpan dinar akan meraih keuntungan yang lebih lagi kerana 1 USD bersamaan RM 3.60 .

Bayangkan :-

Jika dinar naik USD 1 sen  (RM 0.036) maka, 100 ribu dinar akan menjadi RM 3600 .

Jika naik USD 10 sen atau (RM0.36) maka, 100 ribu dinar akan menjadi RM 36 000 .

Jika naik USD 30sen  (RM1.08) maka, 100 ribu dinar akan menjadi RM 108 000 .


Alangkah beruntungnya penyimpan dinar yang hanya memiliki 100 000 dinar dgn kos yang begitu minimum sekali sudah dapat meraih keuntungan yang begitu besar.

Cukup dengan kenaikan 1 sen USD sahaja,  penyimpan dinar sudah pulang modal dan mendapat keuntungan lebih 100%.

Jadi, bersegeralah anda memiliki sekurang-kurangnya 100 000 dinar supaya anda tidak putih mata.





Tuesday, January 20, 2015

USD mengganas

Dunia amnya dan Malaysia khasnya memasuki tahun 2015 dengan cabaran ekonomi yang sengit dalam tempoh sedekad ini . Tiba-tiba kejatuhan harga minyak pada harga sekitar usd 50 setong telah mengurangkan sumber pendapatan negara pengeluar minyak.bank negara Rusia sendiri terpaksa menampung akan kejatuhan matawangnya. Nampaknya strategi Amerika untuk menjatuhkan ekonomi Rusia telah berjaya. Tetapi perbuatan Amerika ini juga menyusahkan negara-negara lain dalam dunia ini termasuk Malaysia.

Najib, PM Malaysia akan menyusun semula belanjawan 2015 akibat kehilangan besar pendapatan dari eksport minyak. Tambahan pula dilanda dengan bencana banjir baru-baru ini yang memakan kos berbilion ringgit nilainya.

Walaupun Iraq sebagai salah satu negara pengeluar minyak terbesar dunia, harga runcit minyak di Iraq adalah lebih mahal berbanding negara-negara pengeluar yang lain. Berikut ini kedudukan harga runcit minyak dunia.



Cabaran Iraq utk mengatasi defisit negaranya semakin sukar kerana harga minyak dunia sudah jatuh. Di samping jumlah pengeluaran minyak oleh negara pengeluar kini telah dikurangkan. Nilai dinar Iraq hanya boleh naik jika Iraq mengalami belanjawan lebihan dan sudah pasti sumber pendapatan utamanya ialah dari minyak. Dengan keadaan harga minyak yang jatuh, jika Iraq mahu menguatkan ekonominya dlm keadaan pengeluaran minyak berkurang skrg, maka Iraq sewajarnya meningkatkan matawangnya supaya ia boleh meningkatkan tukaran matawang asingnya berdasarkam jumlah eksportnya yg bakal berkurangan pada tahun 2015 ini.

Krisis harga minyak yg berlaku sekarang adalah lebih kurang sama pada awal tahun 70an dahulu ketika saya masih lagi sekolah menengah rendah, setiap hari media massa menganalisis ancaman krisis ekonomi akibat ancaman harga minyak.

Dalam tempoh terdekat ini peminat dinar jgn rasa pelik jika kerajaan membuat langkah mengurangkan perbelanjaan negara. Ketika saya bertugas di jabatan kerajaan dahulu nak tukar sebatang pensel pun sukar. Apabila negara berjimat rakyat tidak akan rasa limpahan rezeki negara. Maka tidak dapat tidak pendapatan rakyat semakin berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.

Maka, reaksi pantas dari rakyat utk menambahkan pendapatan ialah join MLM . Mlm itu ialah multi level marketing atau meniaga larut malam. Jadi sesiapa yang ramai disekeliling anda yang sakit darah tinggi, buah pinggang atau diabetis, juallah Gum Arabic. Jadilah agen dengan menghubungi saya 012 2104244.


Harga dinar terus naik kerana harga USD terus naik. Apa boleh buat? Kini Amerika jadi hero.

Friday, January 9, 2015

Jika RV hari ini, untung lebih besar.

Selamat datang tahun 2015. Semakin hampir RV. Moga impian jadi kenyataan.

Seperti ramalan harga minyak merudum ke USD 50 se tong. Tanpa disedari 1USD = RM 3.50. Maka kos mengimport sudah meningkat 50 sen bagi setiap dollar. Dinar Iraq pun semakin mahal kerana nilai dollar yang meningkat. Beruntunglah orang yang membeli dinar terdahulu.

Tidak mustahil 1 USD akan pergi ke RM 3.80 semula. Kalau RV hari ini, maka 1 juta dinar akan menjadi RM 3.5 juta. Wooo...

Katanya ada usaha di parlimen untuk meningkatkan nilai RV. Tapi saya tak jumpa sumber berita sahih itu. Sesiapa yang terjumpa berita itu sila emel kepada saya alifx59@gmail.com

Sempena Januari ini saya menawarkan Gum Arabic 20 peket RM 500 ( Harga biasa RM540). Berminat untuk menjadi pengedar, hubungi saya. Gum Arabic terbaik untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis.

1 peket RM 40 ( 150gram )
5 peket RM 175
10 peket RM 270

Pos Percuma. War-warkan kepada semua pesakit buah pinggang. Ini hadiah alami.

Kuliah Gum Arabic


Untuk waras beras dan keras. Catu aba masih tersedia  lagi. Hubungi 012-2104244 Ali.