Wednesday, May 18, 2011

DINAR IRAK : SEDIKIT INFO SEBELUM TIDUR

Agak lucu apabila pemegang Dinar Iraq yang teramat peka dengan apa yang terjadi kepada bos IMF. Ha ha. Saya harap mereka juga peka dengan ekonomi negara kita. Apa ke tidaknya apabila sang pemerintah lebih melayan nasib sang korporat berbanding dengan nasib rakyat marhein seperti kita ini. Ha ha. Bantuan atau subsidi  kepada rakyat  diangap seperti candu pulak dah. Tetapi subsidi kepada seorang dua korporat dianggap sebagai "demi pertumbuhan ekonomi" Entahlah, apa punya dasar dah...

Saya masih menanti isyarat  penting dari American Contractor kerana info beliau agak lebih logik  dan sahih bagi saya. Kalau kertas cadangan sudah berada di tangan Nuri Al Maliki, rasanya dalam beberapa minggu ini akan dibentangkan di parlimen. Mungkin pihak Bank Negara Iraq mahukan kelulusan parlimen supaya sebarang kesan dari pelaksanaan cadangannya nanti tidak dipersalahkan kepada Bank Negara Iraq  pula.

Sekadar berkongsi satu info lama. Pada tahun 2003, Amerika membawa masuk wang  USD ke Iraq sebanyak USD 1.7 bilion  untuk membangun semula Iraq selepas serangan tersebut. Dulu, kita ingatkan wang  peruntukan dari Amerika  tetapi sebenarnya ialah wang Iraq  sendiri yang disimpan oleh Saddam Husin di luar Iraq  dan di bawa masuk  semula  untuk mengongkosi  pembangunan Iraq - termasuk juga kos mencetak matawang Dinar Baru Iraq. Dengan kata lain  - dengan sedikit kos cetakan wang Dinar baru itu juga membolehkan Iraq kini menjual dinarnya dan mendapat kemaasukan  wang USD pula ke dalam Iraq.  Ini satu cara bisnes yang baik. Menjual matawang negara sendiri untuk mendapat matawang asing.  Bab ini Malaysia tak boleh tiru. Woooo.  Itulah kehebatan negara yang  dikatakan ada rezab minyak 200 ke 500 bilion tong.  Kita ada tong sampah, itu pun Majlis Perbandaran tak mampu bekalkan ke kawasan perumahan. Ha ha. Jangan mare ya...