Beberapa minggu terakhir ini, Iraq sibuk merangka perjanjian kerjasama perdagangan dengan negara-negara jirannya seperti Mesir, Kuwait, Jordan, Turki dan dengan negara barat yang lain. Begitu agresif usaha-usaha itu walaupun keadaan politik dalam negara amat sengit sehinggakan Menteri Peratahanannya belum pun dilantik lagi. Kalau di Malaysia, kuasa melantik menteri adalah mutlak di tangan PM tetapi di Iraq perlu mendapat kelulusan parlimen.
Lelongan matawang nampaknya semakin membesar nilainya sehingga melepasi USD 200 juta. Apakah Iraq masih memerlukan wang asing untuk membiayai kos pembangunannya atau ada agenda lain yang tersembunyi. Iraq juga mengambil langkah bijak dengan mengadakan rezab emas melalui pendapatan dari jualan dinarnya sebagai sokongan kepada matawangnya.
Berita-berita di facebook menyeramkan kita kerana seolah-olah RV akan berlaku padsa bila-bila masa dari sekarang. Kita tetap positif dengan sebarang spekulasi. Edah masa dari sekarang sehingga November ini amat kita nantikan. Terpulanglah kepada Nuri al Maliki memilih tarikh pengistiharan RV dinar Iraq. Mungkin bersamaan dengan tarikh kelahiran anda agaknya. Janganlah anda tanya kepada saya bilakah tarikh tepat RV. Saya tidak ada kuasa merenung masa hadapan. Kalau setakat mimpi, ramai yang dah mimpi hujan, air bah dan tsunami. Wooo. Kita tunggu setiap Khamis kerana Iraq suka membuat berita besar pada setiap Khamis. Ha ha. Bak kata Redhuan Johor, sekarang ada tambahan kerja pada malam Jumaat pula, selain kerja biasa katanya. Ikut suka kaulah Redhuan oi....
Minggu ini mungkin saya kurang menulis kerana nak menjengah ke Taman Melewar - nak tengok siapa calun-calun yang menang. Ha ha. Maka pastikan jantung anda tak bergegar dengan sebarang berita spekulasi dinar. Saya bukan orang yang akan mengesahkan sebarang berita yang anda terima. Tak payahlah tanya atau sms kepada saya. Saya hanya akan jawab atau beritau anda apabila telah benar-benar RV. Woooo.