Jika anda menukar matawang USD ke RM di Money Changer Malaysia, maka anda akan mendapat kadar tukaran yang tinggi bagi note USD 50.00 (kini RM 3.00) berbanding dengan note USD 5.00 (kini RM 2.50). Hal ini adalah kerana adalah mudah bagi Money Changer menguruskan note yang besar berbanding dengan note yang kecil. Ha ha. Jika anda tak percaya, pergilah tukar note USD 50 dan note USD 5.00 di mana-mana Money Changer Malaysia. Jika tak benar kenyataan saya ini, boleh kerat tangan. Tetapi kerat tangan ayam le. Wooo.
Maka jika ada diantara kita yang membawa cerita, jika redenominasi dinar iraq nanti, hanya note kecil sahaja yang laku, maka itulah pembidaah yang besar. Ha ha. Setiap matawang yang dikeluarkan secara rasmi oleh sesuatu Bank Pusat adalah sama kesannya jika ada apa-apa perubahan. Jika sesuatu Bank Pusat ingin menarik note besar di pasaran, maka ianya boleh mendapat tukaran yang sama dalam note yang kecil pula. Misalnya kalau note 25k ditarik dari pasaran, dan hanya note 50 Dinar sahaja yang akan terus diperlakukan di pasaran, maka Bank Pusat akan membenarkan tukaran 25K dengan note 50 Dinar sebanyak 500 kepinglah. Itu logik matematik.
Setakat ini belum ada sejarah matawang yang merugikan penyimpan note besar. Tempoh pertukaran akan tetap diberikan oleh kerajaan yang berkuasa. Kes Turki dan Malaysia adalah contoh yang terbaik. Saya adalah penganut mazhab logik dan fundamental ekonomi. Ada faktor yang konsisten dan ada faktor yang berubah. Ingatkah ilmu matematik yang anda belajar. Ada angkatap!!! Wooo.