Sunday, May 15, 2011

DINAR IRAQ: MENILAI BERITA SAHIH

Dalam ilmu hadis, sanad(perawi)  dan matan(intipati) adalah penting dalam menilai kebenaran hadis itu.

Kekadang intipatinya (matan) pun sudah tak logik, maka dengan mudah kita tidak mempercayainya. Semalam, banyak sms yang masuk ke talipon bimbit saya yang menyatakan bahawa 1,000 orang pemimpin dunia sedang berkumpul di Baghdad untuk berjumpa dengan PM Iraq. Kononya nak mendengar pengumuman RV. Inilah sms paling kelakar.

Persidangan PBB pun tak ada 1,000 orang pemimpin dunia yang datang. Tak pernah ada pemimpin dunia datang dan campur tangan berkaitan dengan matawang asing. Mesti heboh di media massa rasmi jika pemimpin dunia berkumpul di sesuatu negara. Maka sms semalam adalah pembohongan oleh web-web penjual dinar Amerika yang memperdayakan kita. Maka teringatlah saya akan nasihat orang bijak pandai- Di zaman IT ini terlalu banyak info. Orang yang bijak ialah orang yang mampu  memilih mana yang betul dan bermanafaat sahaja.

Moga anda terus waras dan stabil perasaan dalam menunggu RV. Wahai Shukri,  teruslah menyapu Radja Karet di pokok getah kau tu. Jamin naik 50%. Ha ha.

BELI SATU PERCUMA SATU. KLIK DI SIINI