Mutakhir ini, banyak lapuran yang mengatakan Iraq sedang meningkatkan perkhidmatan sistem banknya, termasuklah membenarkan wang keluar sebanyak USD 50,000.00. Jumlah ini sudah dikira bagus bagi sesiapa yang ada akaun di Iraq kerana proses pengeluaran wang ini agak banyak juga. Macam liberal pula peraturan perbankan Iraq. Ada apa-apa tujuan ke?
Desas desus kertas cadangan menaikan nilai Dinar semakin kuat. Walaupun, katanya cadangan menaikan nilai dinar itu naik secara beransur-ansur, ianya telah cukup menggembirakan kita kerana dalam tempoh beberapa bulan nilainya akan mencapai kepada nilai yang kita hajatkan iaitu 1 Dinar = 1 USD. Apalah yang kita risaukan dan sibuk bertanya adakah tarikhnya pada minggu depan atau bulan hadapan kerana tarikh itu akan tetap tiba jua. Ha ha. Takkan tak sanggup menanti buat beberapa bulan atau beberapa tahun selepas kita menunggu sejak 8 tahun yang lalu. Wooo. Yang penting rv, cepat atau lambat tak menjadi soal kepada kita.
Ada orang Sumatra, sms kepada saya, adakah rv ini akan menjadi atau dia akan rugi 2 juta dinar yang telah dibelinya apabila dinar ini tidak diapung-apungkan. Saya hanya menjawab, jika rezeki, insyallah kita akan mendapatnya. Kalau tak rv sampai bila-bila, maka kita tidak akan mati kerana itu. Banyak sumber rezki yang lain lagi. Dinar Iraq ini hanya salah satu sumber peluang yang kita cari dan usahakan. Bukankah banyak peluang lain lagi yang terbentang di hadapan mata kita. Ha ha. Kekadang kita semcam kehilangan "kehidupan" dalam menanti RV. Seorang muslim tak sepatutnya bersikap begitu. Marilah kita bersikap optimis dan berdoa agar RV menjadi kenyataan. Saya ada satu artikel yang cukup kuat menjustifikasikan bagaimana hebatnya kekayaan Iraq dalam tempoh terdekat dan nilai dinar Iraq akan melebehi USD 3.30!!!!!
Wau. Tunggu. Saya perlukan masa untuk menterjemahkannya. Kok dimasukkan dalam Bahasa Inggeris, ramai yang sms kat saya - saya tak faham Cik Ali. Wooo.