Wednesday, May 4, 2011

DINAR IRAQ: MALAYSIA SUDAH YAKIN IRAQ

Senang hati saya apabila Malaysia akan membuka kedutaannya di Baghdad dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Malaysia adalah sebuah negara yang begitu konservatif dalam pelaburan  antara  bangsa. Dalam keadaan Singapura dan Amerika sanggup meneroka perniagaan  dan pelaburan di Burma secara agresif, tetapi Malaysia masih lagi berhati-hati memulakannya. Dalam keadaan syarikat minyak antara bangsa telah lama meneroka di Iraq sejak 7 tahun lalu, Petronas Malaysia baharu sahaja memulakannya pada tahun lalu.

Maka dengan pembukaan kedutaan Malaysia di Iraq ini, ianya satu penanda aras bahwa Iraq sudah aman dan selamat kini. Kebetulan pula hubungan Iraq dengan Kuwait dan lnegara jiran  yang  lain sudah semakin pulih, mesra dan jelas dari segi ekonomi dan perundangannya. 

Hari ini kita sedang menanti keputusan berkaitan  reserve asing   Iraq yang berada di New York sebanyak USD 50 juta, samada mahu di bawa balik atau tidak. Sebelum ini, Iraq telah bersetuju cadangan tuntutan Amerika ke atas Iraq. Saya pun tak tahu berapa nilai tuntutannya kerana tidak ada sumber yang menyatakan jumlahnya. Dan sila ambil ingatan bahwa Iraq dan Kuwait masih berunding untuk menentukan bagaimana nak menyelesaikan tuntutan kes Chapter 7, PBB itu. Semuanya ini kini di peringkat akhir yang sedikit sebanyak mempengaruhi  faktor RV. Wau. Tentu saudara rasa tak seronok mendengar ayat ini. Namun, ayat yang paling mudah saya katakan ialah - kini Bank Pusat Iraq sendiri yang menyatakan akan berbuat sesuatu atas dinarnya  berbanding  selama ini Bank Pusat Iraq hanya berdiam diri sahaja walaupun pelbagai pihak luar membuat pelbagai  kenyataan  berkaitan dengan dinar Iraq.  Maka kita kini di fasa terakhir menunggunya RV sebenarnya. Bagi saya, jika RV terjadi dalam tahun ini pun sudah di kira OK juga kerana sejak awal lagi, saya telah bersedia RV pada tahun 2013!!!!   Orang tua macam saya pun sanggup bersabar, takkan saudara yang muda belia masih meroyan  menunggu RV dinar. Woooo.

Oh ya hanya tinggal 3 orang lagi yang berpeluang ke Guangzhou. Ha ha