Friday, May 20, 2011

DINAR IRAQ: JANTUNG BERDEBAR

Info dari peminat Dinar di facebook US, semakin kencang mengatakan RV semakin dekat. Depa kata  sudah ke tahap   99.99%  untuk RV. Ha ha. sudah lama mendengar ayat 99.99% ini.

Seperti saya tulis sebelum ini, kelewatan perlantikan PM dan pembentukan kabinet Iraq menyebabkan banyak bil atau rang undang-undang Iraq lambat diluluskan. Kini Parlimen Iraq sedang  bekerja keras membentang dan meluluskan  pelbagai bil berkaitan dengan keselamatan, sistem perbankan dan hubungan antara bangsa.  Saya melihat ini sebagai usaha-usaha mewujudkan persekitaran yang baik ke arah RV.

Moga ianya menjadi. Seperti mana janji Nuri Al Maliki untuk membuat pembaharuan Iraq dalam tempoh 100 hari, maka kita berdoa agar kemuncak kepada pembaharuan itu ialah RVnya Dinar Iraq. Tunggu 7 Jun. Jangan ada yang meroyan tak tidur dan ada yang mula berkira-kira nak menggantung pisau menoreh, khususnya Isa Monceh dan Shukri Besut. Wooo, semua kawan-kawan saya sudah bersedia ke Piala Euro 2012 dengan  habuan dinar. Wooo. Ridzuan Johor sudah senyum sampai ke telinga. Ha ha.