Friday, May 6, 2011

DINAR IRAQ: NAIK MENGEJUT ATAU BERANSUR-ANSUR

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Bank Pusat Iraq telah  pun  menghantar lapuran dan cadangan ke PM Iraq, Nuri Al Malki berkaitan  dengan masa depan Dinar Iraq.  Cadangan ini agak lain dari   tujuan mengRV secara mengejut, tetapi ianya  mencadangan  unjuran  kenaikan nilai  dinar secara beransur-ansur  dalam tempoh  dua belas bulan.

Cadangan ini lebih kurang  sama  dengan pendapat saya pada posting beberapa minggu lalu yang mempersoalkan mengapa dinar Iraq tak berubah kenaikannya sejak dua tahun lalu walhal ekonomi Iraq semakin baik. Jika dinar naik secara beransur-ansur maka nilainya akan berubah seperti  unjuran berikut  misalnya::

1170 dinar = USD 1.00
117 Dinar  =  USD 1.00
1.17 Dinar = USD 1.00

Kenaikan secara diataslah sepatutnya berlaku secara logiknya.  Tetapi sejak 2 tahun lalu, Bank Pusat Iraq langsung tak merubah nilai dinarnya. Semacam ada satu sendikit rahsia pula.

Jika proses kenaikan nilai Dinar dibuat secara beransur-ansur, ini membolehkan Iraq mengelakkan inflasi dan membeli balik semula dinarnya yang kini bersepah di luar negara. Ha ha.  Proses ini lebih baik lagi kerana tidak mengejutkan   pasaran dan "menggilakan"   anda semua. Wooo.

Kini, lelongan dinar semakin berkurangan. Jika dalam tempoh beberapa hari akan datang  ini,  jika  kita dapati ada perubahan nilai Dinar, maka cerahlah harapan kita melihat dinar menuju ke nilai yang kita harapkan iaitu 1 dinar  bersamaan 1 USD. Wau. 

Ya, yang perlu kita perhatikan sekarang ialah jumlah lelongan dinar dan kadar pertukarannya. Lihat sesawang Bank Pusat Iraq di sini. Ada orang kata web ini palsu. Ini pun satu hal juga.  Ada   orang salah faham akan alamat sesawang Bank Pusat Iraq.  Alamatnya ialah http://www.cbi.iq/ .  Setakat ini Bank Pusat Iraq tidak pernah menafikan ini alamat sesawangnya. Kalau ada orang lain atau kerajaan lain tak hendak iktiraf sesawang ini, tak dapat saya nak kata  apa-apa. Ha ha.

Engkau orang undilah Mohamad Sabu kat  sini