Menarik sekali apabila Bank Pusat Iraq semakin menurun lelongan dinarnya. Ada hari ke tahap USD 3 juta sahaja. Pihak Iraq tak mahu USD atau pihak luar tak mahu Dinar? Suspen ini. Jika dua minggu lagi trend ini tetap sama, maka bagi saya ianya sebagai tanda positif kepada ekonomi Iraq.
Amalan lazim sesuatu ekonomi negara dalam proses melihat wangnya keluar dan masuk adalah berdasarkan ekspot dan impot. Sebuah negara akan berusaha mewujudkan imbangan perdagangan yang positif, dimana ekspot melebehi impot. Jika wang asing masuk ke negara, maka reservenya akan bertambah dan membolehkan ianya berbelanja secara aman kerana tidak risau dengan defisit. Jika defisit, maka kerajaan kena berhutang dengan pihak luar atau menjual bon. Dalam kontek Iraq, ia lebih suka menjual dinar daripada menjual bonnya. Mungkin pihak luar tak berminat atau yakin dengan bon Iraq, lantaran sistem ekonomi Iraq belum lagi mencapai piawaian antarabangsa.
Saya masih menunggu kesahihan khabar angin yang mengatakan Ahli Parlimen Iraq yang amat cenderung meluluskan dinar bersamaan USD 1.17. Wooo.
Pesanan Emak Ayah: Kalau kaya, tubuh jangan dicemari dengan bau.
Pesanan Emak Ayah: Kalau kaya, tubuh jangan dicemari dengan bau.