Menurut sumber dalaman, Iraq menangguhkan cetakan matawangnya yang baru. Kita pun kurang pasti apakah maksud cetakan wang baru ini. Apakah ianya sejenis note baru yang tidak ada 3 kosong atau note yang lebih kecil seperti note 1, 5, 10 dan 20 Dinar. Ada implikasi yang berlainan ke atas dua tindakan yang berbeza ini.
Jika mencetak dengan nama matawang yang baru, misalnya " Dinar Jadid", maka ianya dinamakan sebagai redenominasi. Kerajaan Iraq akan menukar secara perlahan-lahan matawang sedia ada kepada matawang baru. Nilai matawang sedia ada akan bersamaan dengan matawang baru mengikut dasar baru Iraq. Mungkin 25,000 Dinar wang sedia ada akan bersamaan dengan 25 Dinar baru. Maka pemegang Dinar Iraq tidak untung dan tidak rugi. Balik asal sahaja. Kes ini hanya bertujuan memudahkan rakyat Iraq menyebut nilai matawangnya tanpa ada angka ribu-ribu. Kes ini pernah di buat di Turki. Proses menggantikan wang lama ke wang baru mengambil masa 5 ke 7 tahun lazimnya.
Tetapi jika Iraq mula mengadakan note kecil dengan nama matawang sedia ada juga, maka ianya merupakan persediaan nilai Dinar akan naik. Samada kenaikan secara beransur-ansur atau secara mengejut atau istilah yang disebut sebagai RV. Jika ini yang berlaku, itulah pilihan dan harapan kita semua.
Sementara itu, kita masih lagi tertanya-tanya apakah rancangan sebenar Bank Pusat Iraq dan Kerajaan Iraq. Bank Pusat Iraq semacam tak mahu dinar dilelongkan lagi tetapi Kerajaan Iraq masih mahu melelong matawangnya pula. Penin-peninlah, bak kata P.Ramlee. Wooo
Moga-moga anda semua TIDAK PENING. Ha ha. Jika pening, makanlah panadol.
Moga-moga anda semua TIDAK PENING. Ha ha. Jika pening, makanlah panadol.
Nota: Nak berangkat ke KB.