Pakar ekonomi dan pakar kewangan Iraq menegaskan bahwa Iraq tidak boleh rugi jika strategi pembuangan 3 kosong kepada Dinar Iraq dibuat. Nilai kepada Dinar Iraq selepas pembuangan 3 kosong mestilah mampu melunaskan hutang luar Iraq. Kenyataan "mampu melunaskan hutang luar Iraq" merupakan satu isyarat penting bahwa kesan utama kepada pembuangan 3 kosong itu akan memberi impak positif kepada Dinar Iraq, bukan sebaliknya.
Apa cara hendak buang 3 kosong itulah yang masih misteri kepada kita. Adakah dengan mengadakan note baru atau meningkatkan nilainya sehingga ke tahap tak perlu lagi note besar. Jika nilai kecil, maka note 10,000 dan 25,000 diperlukan untuk penggunaan harian. Tetapi jika nilai besar, maka Iraq memerlukan note yang kecil sahaja untuk penggunaan harian. Maka langkah selanjutnya ialah menarik note besar secara perlahan-lahan dari pasaran. Ini adalah langkah normal bagi sesebuah negara. Dan yang paling penting, notis pertukaran akan diberitahu, bukan dibuat secara mengejut. Tak perlulah anda bergundah gulana memikirkan hal ini. Duit satu sen Malaysia yang hendak dimansuhkan pun di maklomkan dan diberi tempoh yang sewajarnya untuk dupertukaran. Bab rugi ini, manusia tak sanggup rugi walaupun satu sen!!!!
Ada juga yang takut akaun banknya ada RM 1 juta. Kononya nanti akan ditanya oleh pihak tertentu. Ini pun satu fakta gila dan kelakar. Patutlah orang bernama Melayu tak hendak jadi jutawan kerana takut "cukai" dan ditanya oleh pihak tertentu. Kalau bukan duit jenayah, apa yang dirisaukan wahai sahabatku. Kekadang menyampah saya nak melayan soalan sang penakut ini. Ha ha.Kalau takut, janganlah simpan duit tu kat bank. Simpan kat saya. Saya caj 10% setahun sahaja. Woooo.