Monday, October 11, 2010

DINAR DAH APUNG?

Semua menanti 10.10.10 dengan penuh debaran. Siapa tak mahu kaya bib. Ha ha. Sebenarnya waktu Amerika lewat 12 jam dari waktu Malaysia. Maka 9 pagi di sana adalah sama dengan jam 9  malam  di Malaysia. Maka berita di sana akan sampai lewat mengikut jam kita. Orang main forex, taulah hal ini. Ha ha. Kita dah nak masuk tidur, depa  baru nak mula kerja.

Ada web berbahasa Arab,  melaporkan kenyataan Menteri Kewangan Iraq di Washington  semalam   bahawa hasrat Iraq menghapuskan tiga kosong pada matawangnya.  Terjemahan ke Bahasa Inggerisnya tak berapa lengkap pula. Maka   info lengkap  gagal diperolehi.  Mungkin dalam sehari dua nanti, akan dapat info lanjut.

Daripada kenyataan tersebut, apakah ianya membawa maksud 1,170 dinar kini yang  bersamaan dengan USD 1.00 akan menjadi  kepada 1.17 Dinar bersamaan  dengan  USD 1.00? Atau ianya membawa maksud 10,000 Dinar akan menjadi 10 Dinar sahaja. Ramai yang pening mendengar ucapan Menteri Kewangan Iraq itu. Namun ramai penganalisa meramalkan 1 Dinar  akan menjadi  1 USD.

Sudah  banyak kali Menteri Kewangan Iraq mengeluarkan kenyataan sebegini. Tetapi Bank Negara Iraq tentu ada formula dan strategi bilakah masa yang paling sesuai  untuk menilai semula Dinarnya   supaya ianya memberi faedah dan keuntungan  kepada  ekonominya.

Perkembangan dinar perlu diberi perhatian  sehingga  tarikh baget Iraq   yang   dibentangkan  pada akhir tahun ni  kerana itulah masa yang paling sesuai   bagi  Iraq mengistiharkan pencapaian ekonominya  dan menilai semula Dinarnya. 

Moga mandi anda basah dan tidur pun lena. Selepas 17hb Oktober baru saya membuat keputusan samada dinar masih boleh ditambah lagi atau tidak. Yang seronoknya beberapa Money Changer di KL sudah pasang notis- " Dinar Iraq boleh tukar di sini". Ini isyarat baik kepada kita semua. Tentu mereka sudah terbau sesuatu.