Sistem ekonomi bebas yang diamalkan oleh dunia pada masa kini menerima konsep pasaranlah yang berhak menentukan sesuatu harga matawang. Maka wang wajar diapungkan dan harganya ditentukan oleh pasaran. Pihak berkuasa negara hanya akan campur tangan apabila dilihat keadaan nilai matawang itu boleh mengancamkan ekonomi negaranya.
Pada peringkat awal pemisahan Malaysia dan Singapura, RM Malaysia sama dengan Dollar Singapura. Selepas itu Dollar Singapura semakin menguat dari RM Malaysia secara perlahan-lahan. Pada peringkat awal, Malaysia membelanjakan wangnya untuk menjaga dan mempertahankan nilai RM bersamaan dengan Dollar Singapura. Ketika itu Menteri Kewangan Malaysia ialah Tun Tan Siew Sin.
Namun ketika Tengku Razaleigh menjadi Menteri Kewangan, Malaysia tidak lagi mempertahankan nilai wangnya sama dengan Dollar Singapura. Maka nilai RM dan Dollar Singapura ditentukan oleh pasaran dan kini 1 Dollar Singapura = RM 2.30. Malaysia ketika itu mengambil langkah berani, walaupun nilai dollar Singapura terus menguat berbanding RM Malaysia, Malaysia terus membiarkan pasaran menentukan nilai RMnya.
Namun ketika Tengku Razaleigh menjadi Menteri Kewangan, Malaysia tidak lagi mempertahankan nilai wangnya sama dengan Dollar Singapura. Maka nilai RM dan Dollar Singapura ditentukan oleh pasaran dan kini 1 Dollar Singapura = RM 2.30. Malaysia ketika itu mengambil langkah berani, walaupun nilai dollar Singapura terus menguat berbanding RM Malaysia, Malaysia terus membiarkan pasaran menentukan nilai RMnya.
Tetapi pada 1998, RM merudum sehinga ke tahap 1 USD = RM 4.80. Maka Dr Mahathir menarik RM dari pasaran atau dari apungan dan mengikat RM 3.80 = USD 1.00. Walaupun Malaysia tidak diserang oleh tentera Amerika, matawangnya merudum. Mahathir menudoh Soros punya angkara. Hakikatnya, pada masa itu asas ekonomi yang lemah memudahkan sebarang spekulator atau penyangak matawang membuat strategi mengaut keuntungan.
Apabila matawang Malaysia ditambat pada RM 3.80, strategi menarik pelaburan asing mengalami sedikit ganguan kerana para pelabur tidak tau berapa nilai sebenar RM di pasaran. Maka lahirlah sang broker under ground yang membawa masuk pelabur asing dengan memberi tukaran RM yang lebih menarik kepada mereka.. Para broker menawarkan USD 1.00 pada nilai RM 4.20. Win-win. Pelabur dapat RM yang lebih. Malaysia pula dapat USD dan pelaburan asing. Begitulah senario ekonomi ketika wang Malaysia ditambat pada 1998 hingga 2005.
Ya, situasi Iraq pun macam itulah juga. Ketika serangan Amerika ke atas Iraq, dinarnya jatuh menjunam. Maka ianya tidak dijual di pasaran. Selepas sekian tahun, negaranya pulih, maka dinar akan naik dan wajib diapungkan semula. Bila?. Ya, makin dekat dah......
Pilihan tarikh apungan saya ialah Oktober ini, atau selepas pembentangan Baget Iraq 2011 atau 2013. Lagi cepat lagi bagus. Doa sahaja kita bersama. Ramai yang menebus kegagalan pelaburan dengan Dinar Iraq. Woooo.
Nota panas: Menteri Kewangan Iraq, Al Zubaidy, diberi penghormatan oleh IMF dan World Bank untuk berucap mewakili Gabenor Bank Negara Arab serantau pada pagi ini di Washington. Maknanya - orang banyak wanglah yang dihormati!!!!