Friday, October 22, 2010

MENILAI MATAWANG - 2

Jatuh dan naik nilai sesuatu  matawang boleh dilihat dengan dua cara. Cara pertama telah  saya perkatakan pada posting semalam.

Cara kedua  ialah dengan membandingkan nilai matawang negara berkenaan dengan matawang  beberapa buah negara lain.  Lazimnya  sesebuah negara membandingkan nilai matawangnya dengan USD.   Misalnya Malaysia membandingkan RM dengan USD    Jika kecil kadar pertukarannya, maka tinggilah nilai RM. Sebelum tahun 1998, kadar pertukaran ialah USD 1.00 = RM 2.50. Pada 1998,    RM jatuh merudum   ke  RM 3.80. Kini USD 1 = RM 3.10.

Jatuh naik kadar pertukaran ini kena dilihat dari dua aspek, samada RM yang meningkat atau  USD yang  jatuh.  Pada 1998, kadar pertukaran berubah kerana nilai   RM yang jatuh.  Kini kadar pertukaran  berubah kerana nilai USD yang  jatuh merudum.   Dalam hal ini untuk mengetahui kekuatan matawang  RM, kita kena buat semakan silang dengan matawang lain pula misalnya dengan Dollar Singapura. Kadar pertukaran RM dengan Singapura tidak menunjukkan perubahan yang ketara.  Tetapi pertukaran RM dengan Riyal Saudi sekarang dapat dilihat betapa Riyal Saudi merosot nilainya. Kalau dulu RM 100 sama dengan 100 Riyal tetapi hari ini RM 100 sama dengan 163 Riyal.   Kita boleh katakan RM menguat atau Riyal yang jatuh.

Saya masih teringat teori Ekonomi Ghafar yang kedua. Apabila pembangkang mengatakan RM melemah akibat dasar ekonomi Mahathir yang banyak membuat  pinjaman luar,  maka Ghafar Baba pun menjawab " bukan duit kita  yang jatuh tetapi duit negara luar yang naik". Ha ha. Sepintas lalu jawapan  itu  betul. Namun kita   kena lihat dari sudut yang lain juga.

Secara ringkasnya kalau nak tau nilai matawang sesebuah negara, ianya perlu membandingkan  dengan matawang USD dan negara-negara lain.