Saya belum menerima lapuran forum anjuran Bank Negara Iraq pada dini hari semalam. Mungkin Isnin nanti akan ada lapurannya. Tunggu sahajalah.
Forum pada dini hari semalam ialah membincangkan isu pembuangan 3 kosong pada dinar Iraq. Apakah maksud kenyataan itu sebenarnya. Ramai yang risau jika benar terjadi. Tak gila namanya apabila 25,000 Dinar akan menjadi 25 Dinar sahaja. Pada saya logiknya tidak ada. Bukan saya bankrap tetapi bank-bank di Iraq pun akan bankrap. Sahabat-sahabat kita yang ada 10,000 Dinar pun tak tidur malam dibuatnya. Ha ha.
Jika bukan pada bulan Oktober ini Dinar diapungkan, maka saya lebih cenderung kepada tarikh selepas Baget Iraq pada akhir tahun ini. Setia Usha Negara Amerika telah membuat kenyataan bahwa Iraq adalah antara negara yang terkaya di dunia ini sekarang. Takkanlah negara terkaya, wangnya bernilai di bawah satu sen USD. Tak logik langsung. Iraq hanya menunggu masa terbaik memukul gendang untuk mengapungkan dinarnya. Bila?. Bila-bila masa dari sekarang. Tempoh antara 5 ke 10 tahun yang diberikan oleh peramal ekonomi, kini adalah masanya. Kini sudah 7 tahun Dinar menunggu diapungkan.
Supaya anda jangan tension, zikirlah kepada Allah. Kalau tak boleh gila nanti oi. Klinik Satu Malaysia tak ada ubat untuk orang yang sakit ism Dinar. Ha ha.
Jangan lupa menonton TV 1 setiap malam jam 11 malam. Cerita Iraq mesti ada punya. Hari Ahad ini cerita best. Semalam pun ada cerita best - KEBANGKITAN EKONOMI IRAQ SUDAH BERMULA. Wauuu.