Saya sibuk beberapa hari ini kerana mahu ke Galas, Kelantan. Bukan nak berkempen sangat tetapi nak menonton pesta politik. Kalau saya berceramah nanti, kok geng politik tak boleh berceramah lak nanti, kerana semua mahu saya berceramah. Ha ha.
Minggu ini dan minggu depan, kita hanya perlu memantau apakah PM dan kabinet baru Iraq dapat dibentuk atau tidak kerana ini adalah kunci kepada lonjakan dinar. Pembentangan Bajet Iraq adalah penting sekali kerana iamya membentang prestasi ekonmi Iraq dan sekaligus memperakukan rancangan masa depan Iraq. Ianya juga akan melihat apakah polisi kewangan Iraq pada masa hadapan.
Suatu yang tak perlu kita risaukan ialah saban hari Iraq dilapurkan membuka telaga minyak yang baru termasuklah Petonas yang telah berjaya mendapat tender mengoperasi 2 telaga minyak. Dalam tempoh 5 tahun ini, Iraq dijangka mengeluar minyak 7 ke 9 juta tong sehari. Ketika itu Iraq akan menjadi sebuah negara terkaya dunia. Seorang sahabat saya yang bekerja di hotel mengatakaan Pak Arab yang datang ke Malaysia membawa tunai satu beg untuk dibelanjakan, Ha ha. Apa ke tidaknya, 10,000 Dinar Kuwait yang sekeping itu sahaja bila ditukar di sini menjadi RM 100,000.00. Wau. Tak hairanlah nanti jik Pak Arab Iraq yang bawa sekeping 10,000 Dinar Iraq ke sini, akan bernilai RM 33,000.00.
Jika ada berita panas. saya akan sms sahaja kepada semua pembeli dinar dari blog ini. Jika sms tu pada jam 3 pagi, tanda dinar dah naik. Ha ha. Bangunlah bersujud syukur. Wooo.
Ok jumpa di Galas wahai Cikgu Mohd Faizku. Urusan Dinar seperti biasa kerana operasi hantaran akan dilakukan oleh staf di pejabat saya.