Thursday, October 21, 2010

MENILAI MATAWANG

Jatuh dan naik nilai sesuatu matawang boleh dilihat dengan dua cara.

Pertama - Dengan melihat kuasa beli matawang dalam negara tersebut. Ianya berkaitan dengan inflasi dan indek harga pengguna negara berkenaan. Dulu, harga ikan kembong RM 1 sekilo. Sekarang RM 7 atau RM 10 sekilo. Maka  nilai wang kita seolah-oleh merosot 1000%. Maka cara mengatasinya ialah  pasaran atau kerajaan  akan menaikkan kadar upah atau gaji pekerja untuk menampung kos hidup dalam negara. Dulu, gaji mula  seorang pagawai berijazah ialah RM 900. Sekarang RM 1,800 ke RM 2,000.00. Sebenarnya tak ada perbezaan hakiki gaji dahulu dengan sekarang kerana ia berkaitan dengan kos hidup dan kadar upah/gaji. Jika inflasi  dan harga barang   naik  tanpa kawalan, maka pendapan benar atau pendapatan hakiki  tahunan kita  sebenarnya tidak naik.

Saya pernah melawat ke Turki pada pertengahan 1990an. Kadar bunga (intrest) banknya ialah 100%. Saya tulis lagi - 100%,  supaya jangan  anda  kata saya silap menulisnya. Saya pun bersemangat nak buat deposit di Istanbul. Ha ha. Macamlah ada duit RM 1 juta. Wooo. Beberapa hari  duduk di Istanbul, maka barulah saya tahu, rupa-rupanya kadar inflasi di Turki ialah 100% setahun. Maka dividen deposit anda itu hanya untuk cover kejatuhan nilai wang anda sahaja. Walaupun pendapatan anda bertambah 100% tetapi kos hidup anda pun bertambah 100% juga. Tak ada maknanya. 

Berdasarkan petunjuk ini, anda boleh mengukur kekuatan wang negara  anda dengan negara lain berdasarkan harga  sesuatu barangan. Berapa harga sebiji burger king di Malaysia dibanding dengan Indonesia. Jika anda tahu, maka anda akan tahu nilai sebenar wang anda.

Saya  akan sambung perbincangan isu ini pada esok hari. Ha ha.  Isu ini berkait  dengan isu pembuangan 3 kosong pada Dinar Iraq. Sebelum anda faham  isu 3 kosong, maka isu ini perlu difahami  terlebih  dahulu.  Kalau tak, boleh pening kepala  bib.    Setakat nak jawap melalui sms, lagilah tak  payah. Ha ha.

Beri peluang saya nak tengok gelagat pejuang Melayu di PWTC  hari ini. Wooo. Namun kawan-kawan dari Gunung Semanggol dah tahu hal ini kerana mereka 3 jam bersama saya  pada petang semalam, makan nasi Iran sebagai persediaan menjadi JUTAWAN DINAR. Ha ha.

Proses pembuangan 3 kosong perlu mengambil masa yang panjang. Baca di sini