Antara isu popular dalam komuniti Dinar ialah tentang penghapusan tiga kosong dalam note Dinar Iraq. Kononnya penghapusan tiga kosong itu akan memudahkan kiraan, meningkatkan nilai Dinar dan mengurangkan sirkulasi Dinar di pasaran.
Sebenarnya Bank Negara Iraq pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tentang rancangan penghapusan tiga kosong itu. Dalam bisnes dan ekonomi, logik dan rasional adalah elemen terpentig dalam pemikiran dan rancangan sesuatu perkara. Maka kes penghapusan tiga kosong adalah suatu yang tidak logik dan tidak rasional. Apakah Bank Negara Iraq bersedia membankrapkan rakyat Iraq dan bank perdagangan di Iraq dengan menjadikan nilai 25,000 Dinar ke 25 sahaja. Ini sudah jutaan peratus kerugiannya. Saya rasa bank-bank komersil di Iraq menyimpan Dinar bertrilion banyaknya. Maka bankraplah mereka jika penghapusan tiga kosong itu dilaksanakan.
Kononnya jika Dinar Iraq naik ke USD 1.00, maka note 25,000 Dinar akan bersamaan dengan USD 25,000.00. Mereka takut dengan "nilai" itu, besar sangat, katanya. Tetapi semua mahu nilai sebanyak itu. Ha ha.
Cuba kita lihat note Dinar Kuwait yang terbesar iaitu 10,000 Dinar Kuwait. I Dinar Kuwait bersamaan USD 3.40. Maka nilainya bersamaan USD 34,000.00 atau melebehi RM 112,000.00. Tak timbul langsung cerita Dinar Kuwait akan dibuang tiga kosong. Logiknya buang tiga kosong akan merugikan negara berkenaan. Takkan satu negara nak buat negaranya RUGI.
Yang logiknya dalam cerita ini ialah buang tiga kosong dari 1 Dinar yang kini bersamaan USD 0.00085 kepada USD 0.85. Barulah kita KAYA bib. Jika strategi ini, nampaklah logik, manasabah dan rasional.
Tentang isu sirkulasi Dinar, lagi terbalik hujah para pembawa khabar angin. ini. Kononnya Iraq nak kurangkan jumlah dinar dari 35 trilion ke 25 biliion sahaja. Mana ada dalam dunia ini, sebuah negara akan mengurangkan wangnya di pasaran. Malah sesebuah negara akan berusaha lebih untuk menambahkan kekayaan negaranya. Kekayaan negara bertambah ditunjukkan dengan bertambahnya pusingan atau sirkulasi matawangnya dalam dunia. Tak tahulah saya kalau negara Monggolia buat macam tu. Jika ya, patutlah Altantunya kena bom fasal nak kurangkan RM di negara ini. Woooo.