Jangan pelik, jika kes perlantikan PM Iraq akan tertunda sehingga tahun hadapan. Saya tak tahu adakah Menteri Kewangan kerajaan sementara boleh membentang baget Iraq pada akhir tahun ini. Jika nak apungkan Dinar itu kuasa Gabenornya sahaja. Maka saya tak risau sangat. Tentu tak wajar jika kes apungan Dinar tanpa ada satu kerajaan yang sah, bukan sebuah kerajaan sementara sahaja.
Sejak beberapa minggu terakhir ini, berita berkaitan dengan sumber minyak yang menyumbangkan pendapatan Iraq mendapat liputan luas di media massa. Iraq dikatakan mempunyai 30% lebih reserve minyak dari seperti yang dijangkakan pada sebelum ini. Maka ekonomi Iraq akan lebih laju dan memberi keyakinan kepada dunia. Maka isu apungan pun semakin panas. Di Amerika, penyimpan Dinar telah diajar bagaimana nak menguruskan tunai selepas Dinar diapungkan. Maklomlah mereka sudah menjadi jutawan. Ha ha. Kita di sini masih bertanya apa nak jadi pada note dinar ini jika Iraq menerbitkan note baru pula? Malah ada yang mengatakan adakah ini satu sendikit penjualan Dinar palsu!!. Begitu sekali hebatnya rakyat Malaysia dalam pengurusan pemikiran risko, sehingga terlepas peluang untuk memiliki Dinar Iraq. Apa boleh buat.
Sebenarnya usaha-usaha mengapungkan dinar ini telah bermula sejak tahun 2007 lagi. Pihak Bank Negara Iraq sedang mengkaji apakah kesannya kepada semua pihak jika Dinar diapungkan dan dinar kembali kepada harga lama semula iaitu 1 Dinar = 3.20 USD.
Wahai Bank Negara Iraq, kami rakyat Malaysia akan bersyukur jika nilai Dinar itu naik ke USD 0.30 sahaja. Maka 50,000 Dinar yang kami ada ini akan menjadi RM 50,000.00. Woooo. Yang memiliki kurang 50,000 Dinar itu, eloklah tambah lagi sehingga menjadi 50,000 Dinar. Kok ralat nanti. Yang dah ada sejuta tu, cukup le. Ha ha.