Kalau di Malaysia peminat Dinar Iraq masih terperangkap dengan dua isu utama iaitu masih membincangkan isu pengahapusan tiga kosong dan note baru Dinar Iraq tetapi rakyat Amerika sedang mengira-ngira berapakah bayaran cukai yang akan dikenakan apabila Dinar ditukar ke USD. Malah mereka telah diberitahu, dimanakah Money Changer atau bank yang bersedia menerima tukaran Dinar itu. Wau. Dan spekluasi sekali lagi bertiup kencang mengatakan Dinar akan diapungkan dalam tempoh 14 hari lagi. Ha ha. Tak rosak iman kalau tak percaya akan berita ini, tetapi kita mengalu-alukan kebenaran berita ini juga. Ha ha. Maaf kepada yang masih yang sms kepada saya bertanyakan isu note dan pembuangan tiga kosong terhadap dinar, kerana soalan itu dah basi untuk saya jawab. Saya dah jawab dalam blog ini. Bacalah sendiri. Woooo.
Di Amerika, rakyatnya telah diberitahu bahwa cukai pertukaran Dinar adalah 35% dan fee pertukaran adalah sebanyak 2%. Dengan andaian 10,000 Dinar Iraq akan bersamaan dengan USD 10,000, apabila diapungkan, maka penyimpan Dinar Iraq di Amerika akan mendapat pendapatan bersih USD 6,300. Bank akan dapat komisyen pertukaran USD 200.00 dan Perbendaharan Amerika akan mendapat USD 3,500.00. Perbendaharan Amerika akan menggunakan Dinar ini untuk membeli minyak dari Iraq pula. Apakah yang akan kita lihat apabila transaksi ini berlaku?
Bagi Amerika, ia menggunakan 10,000 Dinar yang bernilai bersamaan USD 10,000 untuk membeli minyak Iraq. Kos sebenar Amerika adalah ialah USD 6,500.00 sahaja kerana Perbendaharaan Amerika telah mengenakan cukai awalan kepada pemilik Dinar sebanyak USD 3,500. Maka, dengan kos sebenar USD 6,500.00, Amerika beroleh minyak yang bernilai USD 10,000.00. Walaupun harga pasaran minyak USD 70.00 setong, tetapi mereka membeli pada harga "spot price" yang lebih rendah dari harga pasaran dan dikatakan nilainya ialah USD 50.00 sahaja. Maka Amerika mendapat tambahan keuntungan atas belian minyak tadi. Keuntungannya ialah USD 20.00 x 200 tong = USD 4,000.00.
Bagi Iraq pula, ia menerima kembali 10,000 Dinar melalui pembelian minyak dari Amerika. Dinarnya akan kembali ke negara mereka atau saya sebutkan sebagai buy back Buy back Dinar Iraq oleh Kerajaan Iraq adalah secara kontra dengan jualan minyak Iraq. Kos sebenar setong minyak ialah USD 1.50 sahaja, termasuk untung sebanyak USD 0.50. USD 10,000 boleh mendapat 200 tong pada harga spot price - USD 50.00 setong. Iraq hanya membelanjakan 200 tong x USD 1.50 = USD 300.00 untuk nilai minyak USD 10,000.00 yang dibayar oleh Amerika
Kesimpulannya:
i. Iraq hanya membelanjakan USD 350.00 untuk membeli semula/buy back 10,000 Dinar (yang berniai USD 10,000 apabila diapungkan nanti). Dengan reserve minyak Iraq yang bertrillion nilainya, isu membeli semula Dinar Iraq adalah terlalu enteng bagi Iraq. Tambahan pula anda hanya menyimpan 10,000 Dinar sahaja. Ha ha ha.
ii. Amerika mendapat pendapatan besar dari rakyatnya yang menyimpan Dinar Iraq kerana cukai tukaran dinar ialah 35% dan Amerika punya sumber fund yag baru untuk membeli minyak dari Iraq. Dinar akan menjadi petrol-dollar kepada Amerika untuk membeli minyak Iraq.
iii. Amerika dan Iraq dalam kondisi win-win apabila dinar diapungkan nanti. Yang rugi ialah ANDA yang membaca blog ini tetapi masih belum menyimpan dinar Iraq. Woooooo. Jangan mare...
Kalau anda tak faham selepas membaca posting ini, boleh belanja saya nasi Iran untuk huraian selanjutnya. Dan jangan lupa bawa kalkulator. Ha ha. Cerita buy back Dinar ada sedikit lagi untuk saya perkatakan. lagi dalam blog.
Nota: Terima kasih kepada rakan yang menalipon bertanyakan bisul saya. Dah meletup malam ini. Moga Dinar pun akan meletup. Ha ha ha.